Semak tahap kebimbangan anda dalam masa satu minit dengan 7 soalan GAD-7, alat saringan yang digunakan klinik di seluruh dunia. Sulit sepenuhnya: jawapan anda tidak disimpan di mana-mana.Check your anxiety level in one minute with the 7-question GAD-7, a screening tool used by clinics worldwide. Fully private: your answers are not stored anywhere.
Jawab setiap soalan berdasarkan 2 minggu lepas. Tiada jawapan betul atau salah, pilih yang paling hampir dengan pengalaman anda.Answer each question based on the last 2 weeks. There are no right or wrong answers, just pick what is closest to your experience.
Tip: tekan 1 hingga 4 pada papan kekunci untuk menjawab, ← untuk kembali.Tip: press 1 to 4 on your keyboard to answer, ← to go back.
Pernafasan kotak: tarik nafas 4 saat, tahan 4, hembus 4, tahan 4. Ikut bola yang membesar dan mengecil. Pernafasan perlahan membantu badan beralih ke mod tenang.Box breathing: breathe in for 4, hold 4, breathe out 4, hold 4. Follow the ball as it grows and shrinks. Slow breathing helps the body shift into a calmer mode.
Rasa cemas sebelum peperiksaan atau temu duga adalah normal. Ia menjadi gangguan apabila rasa risau berlebihan, sukar dikawal, berterusan sekurang-kurangnya beberapa minggu dan mula menjejaskan tidur, kerja atau hubungan. Baca tanda-tanda anxiety dan beza stres, anxiety dan kemurungan.Feeling nervous before an exam or interview is normal. It becomes a disorder when worry is excessive, hard to control, lasts at least several weeks and starts affecting sleep, work or relationships. Read the signs of anxiety and stress vs anxiety vs depression.
Ramai yang mengalami kebimbangan juga mengalami mood rendah. Jika anda rasa sedih, hilang minat atau letih berpanjangan, cuba juga Saringan Mood PHQ-9. Tak pasti sama ada perlu jumpa psikiatri atau psikologi? Baca beza pakar psikiatri dan psikologi klinikal.Many people with anxiety also have low mood. If you feel sad, lose interest or feel tired for a long time, also try the PHQ-9 Mood Screen. Unsure whether to see a psychiatrist or psychologist? Read psychiatrist vs clinical psychologist.
Rujukan: Spitzer RL, Kroenke K, Williams JBW, Löwe B. A brief measure for assessing generalized anxiety disorder: the GAD-7. Arch Intern Med. 2006;166(10):1092-7 · ADAA, GAD-7 · CORC, GAD-7. Soalan diterjemah oleh Hospital Pakar An-Nur; GAD-7 bebas digunakan dan diterjemah.References: Spitzer RL, Kroenke K, Williams JBW, Löwe B. A brief measure for assessing generalized anxiety disorder: the GAD-7. Arch Intern Med. 2006;166(10):1092-7 · ADAA, GAD-7 · CORC, GAD-7. Malay translation by Hospital Pakar An-Nur; the GAD-7 is free to use and translate.
Pakar Psikiatri & Psikologi Klinikal Hospital Pakar An-Nur, sokongan penuh kerahsiaan & belas kasihan. Lihat profil & tempah temu janji.An-Nur Psychiatry & Clinical Psychology specialists, confidential, compassionate support. View profiles & book an appointment.





Butang Tempah membawa anda ke sistem tempahan qmed untuk mengunci slot temu janji.The Book button opens the qmed booking system to lock an appointment slot.
GAD-7 ialah soal selidik 7 soalan untuk menyaring gangguan kebimbangan umum dan menilai tahap keterukannya. Ia dibangunkan oleh Spitzer dan rakan-rakan (2006) dan digunakan secara meluas dalam klinik di seluruh dunia. Setiap jawapan diberi 0 hingga 3 markah, jadi jumlah skor ialah 0 hingga 21.
The GAD-7 is a 7-question questionnaire that screens for generalised anxiety disorder and gauges its severity. It was developed by Spitzer and colleagues (2006) and is widely used in clinics worldwide. Each answer scores 0 to 3, so the total is 0 to 21.
Skor 0 hingga 4 menunjukkan kebimbangan minimum, 5 hingga 9 ringan, 10 hingga 14 sederhana, dan 15 hingga 21 teruk. Skor 10 ke atas ialah paras yang disyorkan untuk penilaian lanjut oleh profesional kesihatan mental.
A score of 0 to 4 shows minimal anxiety, 5 to 9 mild, 10 to 14 moderate and 15 to 21 severe. A score of 10 or more is the level at which further assessment by a mental health professional is recommended.
Tidak semestinya. GAD-7 ialah alat saringan, bukan diagnosis. Diagnosis hanya boleh dibuat oleh doktor atau pakar kesihatan mental selepas penilaian penuh, kerana simptom kebimbangan juga boleh berpunca daripada tekanan hidup, masalah tiroid, kafein atau keadaan lain.
Not necessarily. The GAD-7 is a screening tool, not a diagnosis. Only a doctor or mental health professional can diagnose after a full assessment, because anxiety symptoms can also come from life stress, thyroid problems, caffeine or other conditions.
Stres biasanya berkait dengan sesuatu punca yang jelas dan reda apabila punca itu selesai. Gangguan kebimbangan pula melibatkan rasa risau yang berlebihan, sukar dikawal dan berterusan walaupun tanpa sebab yang jelas, sehingga menjejaskan tidur, kerja atau hubungan.
Stress usually has a clear cause and eases once that cause is resolved. An anxiety disorder involves excessive worry that is hard to control and persists even without a clear reason, to the point of affecting sleep, work or relationships.
Pakar Psikologi Klinikal membantu melalui terapi seperti terapi kognitif tingkah laku (CBT), manakala Pakar Psikiatri boleh menilai sama ada ubat diperlukan. Kedua-duanya sering bekerjasama. Jika tidak pasti, mulakan dengan temu janji penilaian.
A clinical psychologist helps through therapy such as cognitive behavioural therapy (CBT), while a psychiatrist can assess whether medication is needed. The two often work together. If you are unsure, start with an assessment appointment.
Tidak. Semua pengiraan berlaku dalam pelayar anda sendiri, dan jawapan anda tidak dihantar atau disimpan di mana-mana. Anda boleh ulang ujian bila-bila masa, contohnya setiap dua minggu untuk memantau perubahan.
No. All calculation happens in your own browser, and your answers are not sent or stored anywhere. You can repeat the test any time, for example every two weeks to track changes.
⚠️ Penafian:Disclaimer: Ujian ini ialah saringan GAD-7 untuk tujuan pendidikan. Ia bukan diagnosis dan tidak menggantikan penilaian oleh doktor atau pakar kesihatan mental. Jika anda dalam krisis atau terfikir untuk mencederakan diri, hubungi Talian HEAL 15555, Talian Kasih 15999 atau Jabatan Kecemasan An-Nur 03-8923 5518 segera.This is a GAD-7 screen for educational purposes. It is not a diagnosis and does not replace assessment by a doctor or mental health professional. If you are in crisis or thinking of harming yourself, contact Talian HEAL 15555, Talian Kasih 15999 or the An-Nur Emergency Department 03-8923 5518 immediately.
Disemak Panel Pakar Perunding Hospital Pakar An-NurReviewed by the An-Nur Panel of Consultants