Apabila seseorang memutuskan untuk mendapatkan bantuan kesihatan mental, satu soalan yang kerap timbul ialah: "Saya patut jumpa pakar psikiatri atau ahli psikologi?" Kedua-duanya membantu kesihatan mental, tetapi peranan, latihan, dan jenis rawatan mereka berbeza. Memahami bezanya membantu anda pergi ke tempat yang betul tanpa terkapai-kapai.
Jangan risau jika anda keliru — ramai pun keliru. Mari kita jelaskan dengan mudah.
When someone decides to get mental health help, a common question is: "Should I see a psychiatrist or a psychologist?" Both help mental health, but their roles, training, and types of treatment differ. Understanding the difference helps you go to the right place without confusion.
Don't worry if you're confused — many people are. Let's make it simple.
Ringkasan Pantas
Quick Summary
Pakar Psikiatri = doktor perubatan yang pakar dalam kesihatan mental — boleh membuat diagnosis & menetapkan ubat. Psikologi Klinikal = pakar terapi bercakap & penilaian psikologi — tidak menetapkan ubat. Kedua-duanya sering bekerjasama.
Psychiatrist = a medical doctor specialising in mental health — can diagnose & prescribe medication. Clinical Psychologist = an expert in talk therapy & psychological assessment — does not prescribe medication. The two often work together.
Pakar Psikiatri (Psychiatrist)
Psychiatrist
Pakar Psikiatri ialah doktor perubatan (lulus ijazah perubatan MBBS) yang kemudian mengkhusus dalam kesihatan mental. Kerana latar belakang perubatan mereka, mereka boleh:
A Psychiatrist is a medical doctor (with an MBBS degree) who then specialises in mental health. Because of their medical background, they can:
- Membuat diagnosis penuh keadaan kesihatan mental;
- Make a full diagnosis of mental health conditions;
- Menetapkan ubat-ubatan (seperti antidepresan) jika diperlukan;
- Prescribe medication (such as antidepressants) when needed;
- Menguruskan keadaan yang lebih kompleks atau teruk, dan kes yang melibatkan kesihatan fizikal.
- Manage more complex or severe conditions, and cases involving physical health.
Psikologi Klinikal (Clinical Psychologist)
Clinical Psychologist
Ahli Psikologi Klinikal ialah pakar dalam psikoterapi (terapi bercakap) dan penilaian psikologi. Mereka bukan doktor perubatan dan tidak menetapkan ubat. Kepakaran mereka ialah membantu anda memahami dan menguruskan fikiran, emosi, dan tingkah laku melalui kaedah seperti terapi tingkah laku kognitif (CBT), kaunseling, dan ujian psikologi.
A Clinical Psychologist is an expert in psychotherapy (talk therapy) and psychological assessment. They are not medical doctors and do not prescribe medication. Their expertise is helping you understand and manage your thoughts, emotions, and behaviour through methods like cognitive behavioural therapy (CBT), counselling, and psychological testing.
Jadi, Siapa Nak Jumpa Dulu?
So, Who Should You See First?
Tiada jawapan yang salah, dan anda tidak perlu pakar untuk memilih. Sebagai panduan umum: jika keadaan anda teruk, mungkin memerlukan ubat, atau anda tidak pasti apa yang berlaku — berjumpa Pakar Psikiatri dahulu adalah baik, kerana mereka boleh membuat penilaian penuh dan merujuk anda kepada ahli psikologi jika sesuai. Jika anda lebih mahukan kaunseling atau terapi untuk menguruskan emosi dan tekanan, Psikologi Klinikal sesuai. Apa yang penting ialah anda mengambil langkah pertama itu.
There's no wrong answer, and you don't need to be an expert to choose. As a general guide: if your condition is severe, may need medication, or you're unsure what's going on — seeing a Psychiatrist first is a good idea, as they can make a full assessment and refer you to a psychologist if appropriate. If you mainly want counselling or therapy to manage emotions and stress, a Clinical Psychologist fits well. What matters most is that you take that first step.
🆘 Perlukan Bantuan Segera?
🆘 Need Help Right Now?
Jika anda atau orang tersayang mempunyai fikiran untuk mencederakan diri, anda tidak keseorangan dan bantuan ada:
If you or a loved one is having thoughts of self-harm, you are not alone and help is available:
• Talian Kasih 15999 (24 jam) • Befrienders KL 03-7627 2929 (24 jam) • Talian HEAL 15555 (KKM) • Kecemasan: 999
• Talian Kasih 15999 (24h) • Befrienders KL 03-7627 2929 (24h) • Talian HEAL 15555 (MOH) • Emergency: 999
Selalunya, Mereka Bekerjasama
Often, They Work Together
Dalam banyak kes, rawatan terbaik datang daripada gabungan kedua-duanya. Sebagai contoh, seseorang dengan kemurungan mungkin mendapat ubat daripada Pakar Psikiatri sambil menjalani terapi bercakap bersama Ahli Psikologi Klinikal. Anda tidak perlu memilih satu sahaja — pasukan kesihatan mental akan menentukan kombinasi yang paling sesuai untuk anda.
In many cases, the best treatment comes from a combination of both. For example, someone with depression may receive medication from a Psychiatrist while undergoing talk therapy with a Clinical Psychologist. You don't have to pick just one — the mental health team will determine the combination that fits you best.
Langkah Seterusnya
Your Next Step
Anda tidak perlu memutuskan sendiri yang mana satu sebelum mendapatkan bantuan — yang penting ialah anda mula. Di Hospital Pakar An-Nur, perkhidmatan Psikiatri dan Psikologi Klinikal tersedia di bawah satu bumbung. Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan psikiatri & psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur.
You don't need to decide which one yourself before getting help — what matters is that you start. At An-Nur Specialist Hospital, Psychiatry and Clinical Psychology services are available under one roof. Learn more about psychiatry & clinical psychology services at An-Nur Specialist Hospital.