Bila menyebut katarak, gambaran yang terlintas selalunya orang berusia tua. Jadi apabila seseorang berusia 30-an atau 40-an diberitahu mereka mengidap katarak, reaksinya sering terkejut: "Saya kan masih muda?" Hakikatnya, katarak bukan eksklusif untuk warga emas. Ia boleh berlaku pada orang muda, dewasa pertengahan umur, malah bayi yang baru lahir.
Memahami sebabnya penting supaya anda tidak mengabaikan penglihatan yang makin kabur hanya kerana menganggap "saya terlalu muda untuk katarak".
When cataracts are mentioned, the image that comes to mind is usually an elderly person. So when someone in their 30s or 40s is told they have a cataract, the reaction is often shock: "But I'm still young?" The truth is, cataracts are not exclusive to the elderly. They can occur in young people, middle-aged adults, and even newborn babies.
Understanding why matters so you don't dismiss worsening vision simply because you assume "I'm too young for cataracts".
Ya, Orang Muda Pun Boleh Kena Katarak
Yes, Young People Can Get Cataracts Too
Walaupun majoriti katarak berkaitan usia, terdapat katarak yang berlaku lebih awal akibat faktor kesihatan atau persekitaran tertentu. Dalam kes bayi, katarak boleh wujud sejak lahir (katarak kongenital) dan perlu dikesan awal kerana ia boleh menjejaskan perkembangan penglihatan kanak-kanak.
While most cataracts are age-related, some develop earlier due to certain health or environmental factors. In babies, cataracts can be present from birth (congenital cataract) and need early detection as they can affect a child's visual development.
Punca Katarak Pada Usia Muda
Causes of Cataracts at a Young Age
- 1. Kencing manis (diabetes) yang tidak terkawal: Pesakit diabetes muda berisiko mendapat katarak lebih awal kerana gula darah tinggi mengubah kanta mata.
- 1. Uncontrolled diabetes: Young people with diabetes are at risk of earlier cataracts because high blood sugar alters the eye's lens.
- 2. Kecederaan atau trauma mata: Pukulan, kemalangan, atau kecederaan sukan pada mata boleh mencetuskan "katarak traumatik" — kadangkala hanya pada satu mata.
- 2. Eye injury or trauma: A blow, accident, or sports injury to the eye can trigger a "traumatic cataract" — sometimes in just one eye.
- 3. Penggunaan steroid jangka panjang: Ubat steroid untuk asma, ekzema, atau penyakit autoimun yang digunakan lama boleh menyumbang kepada katarak walaupun pada orang muda.
- 3. Long-term steroid use: Steroid medication for asthma, eczema, or autoimmune disease used over time can contribute to cataracts even in young people.
- 4. Faktor genetik & sejarah keluarga: Jika ahli keluarga mengalami katarak awal, risiko anda turut meningkat.
- 4. Genetics & family history: If family members had early cataracts, your risk is higher too.
- 5. Katarak kongenital (sejak lahir): Sesetengah bayi dilahirkan dengan katarak akibat faktor genetik atau jangkitan semasa kehamilan.
- 5. Congenital cataract (from birth): Some babies are born with cataracts due to genetic factors or infections during pregnancy.
- 6. Pendedahan UV berlebihan & merokok awal: Bekerja lama di bawah matahari tanpa perlindungan UV dan tabiat merokok sejak muda turut mempercepatkan risiko.
- 6. Excess UV exposure & early smoking: Prolonged sun exposure without UV protection and smoking from a young age also accelerate the risk.
Jangan Abai Hanya Kerana "Masih Muda"
Don't Dismiss It Just Because You're "Still Young"
Tanda katarak pada orang muda adalah sama — penglihatan kabur, silau, susah nampak waktu malam, atau kerap tukar power cermin mata. Masalahnya, orang muda lebih cenderung mengabaikannya kerana menyangka mata kabur itu disebabkan keletihan atau terlalu lama berdepan skrin. Jika penglihatan anda terus merosot walaupun sudah tukar cermin mata baru, jangan tunggu — buat pemeriksaan mata.
The signs of cataracts in young people are the same — blurred vision, glare, poor night vision, or frequent prescription changes. The problem is that younger people tend to dismiss it, assuming the blur is from tiredness or too much screen time. If your vision keeps deteriorating despite new glasses, don't wait — get an eye exam.
Berita baiknya, katarak pada usia muda dirawat dengan kaedah yang sama dan kadar keberkesanan yang baik. Kenali dahulu 7 tanda awal katarak dan punca serta faktor risiko katarak, atau lihat perkhidmatan rawatan mata di Hospital Pakar An-Nur.
The good news is that cataracts at a young age are treated with the same methods and good effectiveness. First learn the 7 early signs of cataract and the causes and risk factors, or see eye care services at An-Nur Specialist Hospital.