Fiqh Ramadan: Panduan Zakat Fitrah & Fidyah โ Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi Fiqh of Ramadan: A Guide to Zakat al-Fitr & Fidyah โ An-Nur Specialist Hospital Bandar Baru Bangi
Fiqh Ramadan: Zakat & FidyahFiqh of Ramadan: Zakat & Fidyah
Panduan ringkas Zakat Fitrah dan Fidyah di bulan Ramadan โ siapa yang wajib menunaikannya, kadar fidyah bagi yang tidak mampu berpuasa, dan cara membayar. A short guide to Zakat al-Fitr and Fidyah during Ramadan โ who is obliged, the fidyah rate for those unable to fast, and how to pay.
Rujukan Syariah ini disediakan dan disemak oleh Majlis Penasihat Shariah Hospital Pakar An-Nur.
This Shariah reference is prepared and reviewed by the Hospital Pakar An-Nur Shariah Advisory Council.
Soalan Lazim โ Zakat & FidyahFAQ โ Zakat & Fidyah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang berkemampuan sebelum berakhirnya bulan Ramadan, bagi diri sendiri dan tanggungannya. Kadarnya ditetapkan oleh pihak berkuasa zakat negeri mengikut harga makanan asasi (beras).
Zakat al-Fitr is the personal zakat obligatory upon every capable Muslim before the end of Ramadan, for oneself and one's dependants. Its rate is set by the state zakat authority based on the price of the staple food (rice).
Fidyah ialah denda atau ganti yang dikenakan kepada orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sebab yang diharuskan dan tidak mampu menggantikannya โ seperti orang sakit yang tiada harapan sembuh, orang tua yang uzur, atau wanita hamil/menyusu dalam keadaan tertentu. Kadar fidyah dikira mengikut bilangan hari yang ditinggalkan, mengikut ketetapan pihak berkuasa zakat negeri.
Fidyah is the compensation due from one who leaves a Ramadan fast for a permissible reason and cannot make it up โ such as a chronically ill person with no hope of recovery, the frail elderly, or pregnant/nursing women in certain circumstances. The amount is calculated per missed day, as set by the state zakat authority.
Zakat Fitrah dan fidyah boleh dibayar melalui amil bertauliah, kaunter zakat, atau secara dalam talian (online) menerusi portal rasmi pusat zakat negeri masing-masing. Pastikan pembayaran dibuat kepada saluran yang sah dan diiktiraf.
Zakat al-Fitr and fidyah may be paid through an authorised amil, a zakat counter, or online via the official portal of your respective state zakat centre. Ensure payment is made to a valid, recognised channel.
Perlukan Nasihat Perubatan Ketika Ramadan?
Pasukan kami di Hospital Pakar An-Nur bersedia membantu pertanyaan kesihatan anda, dengan penjagaan yang patuh Syariah.
Need Medical Advice During Ramadan?
Our team at An-Nur Specialist Hospital is ready to assist your health enquiries, with Shariah-compliant care.