Sunnah Menyambut Kelahiran Bayi: Panduan Lengkap Ikut IslamSunnahs of Welcoming a Newborn: A Complete Islamic Guide
Kelahiran seorang bayi adalah anugerah dan amanah yang teragung daripada Allah SWT. Islam meraikan detik ini bukan sekadar dengan kegembiraan, tetapi dengan siri amalan sunnah yang penuh makna — bermula seawal bayi menghirup nafas pertamanya. Panduan ini menghimpunkan amalan sunnah menyambut kelahiran bayi mengikut petunjuk Rasulullah ﷺ: azan & iqamah, tahnik, mencukur rambut, memberi nama, berkhatan, aqiqah, serta doa-doa perlindungan — supaya setiap keluarga Muslim dapat menyambut cahaya mata mereka dengan cara yang paling diberkati. The birth of a baby is one of the greatest gifts and trusts (amanah) from Allah SWT. Islam celebrates this moment not merely with joy, but with a series of meaningful sunnah practices — beginning from the baby's very first breath. This guide gathers the sunnahs of welcoming a newborn as taught by the Prophet ﷺ: azan & iqamah, tahnik, shaving the hair, naming, circumcision, aqiqah, and supplications of protection — so that every Muslim family may welcome their little one in the most blessed manner.
Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah — suci, bersih, dan cenderung kepada kebenaran. Ibu bapalah yang mencorakkan hala tuju anak itu. Rasulullah ﷺ bersabda: Every baby is born upon fitrah — pure, clean, and inclined towards the truth. It is the parents who shape the direction of that child. The Prophet ﷺ said:
كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ
"Sesungguhnya semua bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan fitrah, namun ibu bapalah yang mencorakkannya menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.""Indeed, every child is born in a state of fitrah; it is his parents who make him a Jew, a Christian, or a Magian."
— Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim (Sahih Muslim, no. 2658) · daripada Abu Hurairah R.A.— Narrated by al-Bukhari & Muslim (Sahih Muslim, no. 2658) · from Abu Hurairah (R.A.)
Setiap anak dilahirkan dengan tiga unsur yang perlu dipupuk oleh ibu bapa sejak hari pertama: Every child is born with three elements that parents must nurture from the very first day:
Menyambut kelahiran bayi mengikut sunnah bukan sekadar adat — ia menyuburkan ketiga-tiga unsur ini sejak hari pertama. Kalimah tauhid yang diazankan menyentuh ruh-nya, nama yang baik dan didikan membentuk aqal-nya, dan penjagaan seperti tahnik, khitan serta aqiqah menyantuni jasad-nya. Marilah kita telusuri setiap amalan sunnah ini satu persatu. Welcoming a baby the sunnah way is not mere custom — it nurtures all three elements from day one. The words of tawhid whispered in the azan touch the ruh, a good name and upbringing shape the aqal, and care such as tahnik, khitan and aqiqah tend to the jasad. Let us walk through each of these sunnahs one by one.
1. Azan & Iqamah1. Azan & Iqamah
Amalan pertama yang disunatkan ialah melaungkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi sebaik sahaja ia dilahirkan. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA: The first recommended act is to call the azan into the baby's right ear and the iqamah into the left ear as soon as it is born. It is narrated from Ibn Abbas RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ يَوْمَ وُلِدَ، فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى، وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى
"Nabi SAW azan di telinga Al-Hasan Bin Ali pada hari beliau dilahirkan; Baginda azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.""The Prophet SAW called the azan in the ear of Al-Hasan ibn Ali on the day he was born; he gave the azan in his right ear and the iqamah in his left ear."
— Riwayat Ibnu Abbas RA— Narrated from Ibn Abbas RA
Kaedah PelaksanaanHow It Is Done
Bayi diangkat ke paras muka orang yang mengazankan, menghadap arah kiblat. Azan dilaungkan perlahan di telinga kanan, kemudian iqamah di telinga kiri. Amalan ini lebih digalakkan dilakukan oleh si ayah atau ahli keluarga lelaki, namun ia juga dibenarkan dilakukan oleh ibu atau wanita.The baby is raised to the face of the one calling the azan, facing the qiblah. The azan is recited softly into the right ear, followed by the iqamah into the left ear. This is best done by the father or a male relative, but it is also permissible for the mother or a woman to do it.
Hikmah azan & iqamah: Wisdom behind azan & iqamah:
- Kalimah tauhid menjadi kalimah pertama yang meresap ke dalam hati dan pendengaran anak.The words of tawhid become the first words to seep into the child's heart and hearing.
- Syariat Islam mendahului ajakan dan bisikan syaitan ke atas anak yang baru lahir.The message of Islam precedes the whispers and call of Satan upon the newborn.
2. Tahnik2. Tahnik
Tahnik ialah amalan menyapu sesuatu yang manis — sebaik-baiknya kurma — ke lelangit bayi. Ia adalah sunnah yang jelas daripada Rasulullah ﷺ. Diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy'ari RA, katanya: Tahnik is the practice of rubbing something sweet — ideally a date — onto the palate of the newborn. It is a clear sunnah of the Prophet ﷺ. It is narrated from Abu Musa al-Ash'ari RA who said:
"Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW; Baginda menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan sebiji kurma, mendoakan keberkatannya, lalu memulangkannya kepadaku.""A baby boy was born to me, so I brought him to the Prophet SAW; he named him Ibrahim, performed tahnik on him with a date, prayed for blessings upon him, then returned him to me."
— Muttafaq ‘alayh — Sahih al-Bukhari (no. 5467) & Sahih Muslim (no. 2145) · daripada Abu Musa al-Asy’ari R.A.— Agreed upon — Sahih al-Bukhari (no. 5467) & Sahih Muslim (no. 2145) · from Abu Musa al-Ash’ari (R.A.)
Kaedah PelaksanaanHow It Is Done
Sebiji kurma dikunyah sehingga lembut, kemudian diletakkan sedikit di hujung jari dan disapu perlahan ke lelangit bayi. Gerakkan jari ke kanan dan ke kiri sehingga rata, sambil berselawat dan berdoa keberkatan untuk anak. Amalan ini lebih baik dilakukan oleh orang yang soleh atau solehah, dan boleh diulang beberapa kali.A date is chewed until soft, then a small amount is placed on the fingertip and gently rubbed onto the baby's palate. Move the finger right and left until it is spread evenly, while sending salawat and praying for blessings upon the child. It is best done by a righteous person, and may be repeated several times.
Antara doa yang digalakkan ketika tahnik dan menyambut kelahiran anak ialah: Among the supplications encouraged during tahnik and welcoming a child is:
اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
"Ya Allah, berikanlah dia kefahaman dalam agama dan ajarkanlah dia takwil.""O Allah, grant him understanding of the religion and teach him its interpretation (ta'wil)."
— Doa Rasulullah ﷺ bagi Ibnu Abbas— The Prophet's ﷺ supplication for Ibn Abbas
3. Tahliq (Mencukur Rambut)3. Tahliq (Shaving the Hair)
Tahliq ialah amalan mencukur rambut bayi pada hari ketujuh. Ia disebut bersama beberapa amalan lain dalam sabda Rasulullah ﷺ: Tahliq is the practice of shaving the baby's hair on the seventh day. It is mentioned alongside several other acts in the saying of the Prophet ﷺ:
الْغُلَامُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ، يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ، وَيُسَمَّى، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
"Bayi itu tergadai dengan aqiqahnya; disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya.""A child is pledged by his aqiqah; it is slaughtered for him on the seventh day, he is named, and his head is shaved."
— Hadis riwayat Abu Dawud (no. 2838) & al-Tirmidzi (no. 1522) · daripada Samurah bin Jundub R.A.— Narrated by Abu Dawud (no. 2838) & al-Tirmidhi (no. 1522) · from Samurah ibn Jundub (R.A.)
- Disunatkan mencukur rambut bayi hingga botak — bagi lelaki mahupun perempuan.It is sunnah to shave the baby's hair completely — for both boys and girls.
- Dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.It is done on the seventh day after birth.
- Rambut yang dicukur ditimbang, dinilai dengan harga perak, lalu jumlah itu disedekahkan kepada fakir miskin.The shaved hair is weighed, valued against the price of silver, and that amount is given in charity to the poor.
Menurut Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, mencukur rambut bayi membuka selaput kepala dan menguatkan deria seperti penglihatan, pendengaran dan penciuman. Ini adalah pandangan klasik ulama Islam, dan bukan suatu dakwaan perubatan moden. According to Imam Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, shaving the baby's hair opens the covering of the head and strengthens the senses such as sight, hearing and smell. This is a classical view of the Islamic scholars, and is not presented as a modern medical claim.
⚠ Amaran: Qaza' Dilarang⚠ Warning: Qaza' is Prohibited
Qaza' ialah mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain. Rasulullah ﷺ melarang perbuatan qaza' (Hadis Riwayat Bukhari, daripada Abdullah bin Dinar). Empat jenis qaza' yang perlu dielakkan:Qaza' is shaving part of the head while leaving another part. The Prophet ﷺ forbade qaza' (Narrated by Bukhari, from Abdullah bin Dinar). Four types of qaza' to avoid:
- Cukur sejemput sana-sini sehingga tidak rata.Shaving random patches here and there so it is uneven.
- Cukur bahagian tengah, tinggalkan tepi kiri dan kanan.Shaving the middle, leaving the left and right sides.
- Cukur bahagian depan, tinggalkan belakang (jambul).Shaving the front, leaving the back (a tuft).
- Cukur bahagian kiri dan kanan, tinggalkan bahagian tengah.Shaving the left and right, leaving the middle.
4. Tasmiah (Menamakan Bayi)4. Tasmiah (Naming the Baby)
Memberi nama yang baik adalah hak anak ke atas ibu bapanya. Nama yang indah membawa doa dan harapan sepanjang hayat, dan akan dipanggil di akhirat kelak. Rasulullah ﷺ bersabda: Giving a good name is a right of the child upon the parents. A beautiful name carries a lifelong prayer and hope, and it is by this name one will be called on the Day of Judgement. The Prophet ﷺ said:
إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ، فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
"Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama kamu.""Indeed, you will be called on the Day of Judgement by your names and the names of your fathers, so make your names beautiful."
— Hadis riwayat Abu Dawud (no. 4948) · daripada Abu al-Darda’ R.A.— Narrated by Abu Dawud (no. 4948) · from Abu al-Darda’ (R.A.)
- Berikan nama yang baik dan bermakna mulia.Give a good name with a noble meaning.
- Disunatkan memberi nama pada hari ketujuh kelahiran.It is sunnah to name the child on the seventh day.
- Jauhi nama yang buruk atau membawa maksud yang tidak elok.Avoid names that are ugly or carry an unpleasant meaning.
5. Khitan (Berkhatan)5. Khitan (Circumcision)
Khitan atau berkhatan termasuk dalam perkara-perkara fitrah yang disebut oleh Rasulullah ﷺ. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Baginda ﷺ: Khitan (circumcision) is among the matters of fitrah mentioned by the Prophet ﷺ. It is narrated from Abu Hurairah RA that the Prophet ﷺ said:
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ: الْخِتَانُ، وَالِاسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الْإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
"Fitrah itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan menggunting misai.""Fitrah is five things: circumcision, shaving the pubic hair, plucking the armpit hair, trimming the nails, and clipping the moustache."
— Muttafaq ‘alayh — Sahih al-Bukhari (no. 5889) & Sahih Muslim (no. 257) · daripada Abu Hurairah R.A.— Agreed upon — Sahih al-Bukhari (no. 5889) & Sahih Muslim (no. 257) · from Abu Hurairah (R.A.)
Hukum & PerlaksanaanRuling & Practice
Hukum: Wajib bagi lelaki, dan sunat bagi perempuan. Perlaksanaan: Bagi bayi baru lahir, sunat berkhatan ketika berusia tujuh hari.Ruling: Obligatory (wajib) for males, and recommended (sunat) for females. Practice: For a newborn, it is recommended to perform circumcision at seven days old.
Hikmah khitan: Wisdom behind khitan:
- Kesempurnaan agama dan mengikut sunnah para nabi.Completeness of the religion and following the way of the prophets.
- Membezakan seorang Muslim daripada bukan Muslim.Distinguishing a Muslim from a non-Muslim.
- Menjaga kesihatan dan membantu mengawal syahwat.Safeguarding health and helping to regulate desire.
- Memelihara diri daripada penyakit.Protecting oneself from disease.
Pendapat ulama: Menurut Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili (sebagaimana dinukilkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan), berkhatan disyariatkan bagi lelaki dan wanita, dan yang penting ia disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Namun bagi wanita, sekiranya ia tidak dilakukan maka tidak berdosa kerana ia adalah haknya (mengikut qaul rajih) dan bukan suatu kewajipan. Rujuk penjelasan lanjut dalam Al-Kafi Li Al-Fatawi Siri Ke-419: Hukum Berkhatan Bagi Wanita — Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (muftiwp.gov.my). Scholarly view: According to Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili (as cited by the Federal Territory Mufti's Office), circumcision is legislated for both men and women, and what matters is that it is carried out by a trusted doctor. However, for women, if it is not performed there is no sin, because it is her right (per the stronger opinion, qaul rajih) and not an obligation. See further explanation in Al-Kafi Li Al-Fatawi No. 419: The Ruling on Female Circumcision — Federal Territory Mufti's Office (muftiwp.gov.my).
6. Aqiqah6. Aqiqah
Aqiqah ialah sembelihan sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan seorang anak. Hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut). Aqiqah is a sacrifice offered as an expression of gratitude for the gift of a child. Its ruling is sunnah mu'akkadah (a strongly encouraged sunnah).
Kadar SembelihanNumber of Animals
Bagi bayi lelaki: dua ekor kambing (atau dua bahagian lembu). Bagi bayi perempuan: seekor kambing (atau satu bahagian lembu).For a boy: two goats (or two shares of a cow). For a girl: one goat (or one share of a cow).
- Masa: Sebaik-baiknya pada hari ketujuh, dan sebelum anak mencapai akil baligh.Timing: Best on the seventh day, and before the child reaches puberty.
- Cara: Sebaik-baiknya daging dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan. Ia juga boleh dihidangkan kepada orang bukan Islam.Method: Ideally the meat is cooked before being distributed. It may also be served to non-Muslims.
- Jika tidak mampu: Seekor kambing sudah memadai, sama ada untuk bayi lelaki atau perempuan.If unable to afford more: One goat suffices, whether for a boy or a girl.
- Seekor unta atau lembu boleh dikongsi tujuh orang.One camel or cow may be shared among seven people.
Mendidik Anak Cara Nabi SAWRaising Children the Way of the Prophet SAW
Menyambut kelahiran hanyalah permulaan. Rasulullah ﷺ menunjukkan teladan terbaik dalam mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan hikmah. Antara panduan Baginda: Welcoming a birth is only the beginning. The Prophet ﷺ showed the finest example in raising children with love and wisdom. Among his teachings:
- Menunjukkan teladan yang terbaik kepada anak.Setting the best example for the child.
- Tidak mencela atau bersikap keras terhadap anak.Not insulting or being harsh towards the child.
- Membantu anak untuk berbakti dan taat kepada ibu bapa.Helping the child to be dutiful and obedient to parents.
- Suka memberi hadiah kepada anak-anak.Being generous in giving gifts to children.
- Menunaikan hak anak sepenuhnya.Fulfilling the rights of the child completely.
- Bersikap adil dalam pemberian antara anak-anak.Being fair in giving among all the children.
- Mencari waktu yang tepat untuk memberi nasihat.Choosing the right moment to give advice.
Doa untuk Bayi Baru LahirSupplications for the Newborn
Doa adalah senjata mukmin dan tanda kasih sayang ibu bapa. Berikut adalah dua doa yang boleh diamalkan untuk bayi yang baru lahir. Supplication is the weapon of the believer and a sign of a parent's love. Below are two supplications that may be recited for the newborn.
(a) Doa memohon perlindungan:(a) Supplication seeking protection:
أُعِيذُهُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
"Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang berbisa, dan setiap mata yang jahat.""I seek protection for him with the perfect words of Allah from every devil, every venomous creature, and every evil eye."
— Hadis riwayat al-Bukhari (no. 3371) · daripada Ibn Abbas R.A. (doa Nabi ﷺ bagi al-Hasan & al-Husain)— Narrated by al-Bukhari (no. 3371) · from Ibn Abbas (R.A.)
(b) Doa mengucapkan tahniah atas kelahiran:(b) Supplication of congratulation upon a new birth:
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَوْهُوبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ
"Semoga Allah memberkatimu pada anugerah yang dikurniakan, semoga engkau mensyukuri Sang Pemberi, semoga anak ini membesar dengan sempurna, dan engkau direzekikan dengan bakti anak itu.""May Allah bless you in the gift granted to you, may you be grateful to the Giver, may this child reach full maturity, and may you be blessed with its devotion."
— Diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni; disebut Imam al-Nawawi dalam al-Adhkar · (athar, bukan dalam Sahihain)— Reported by Ibn al-Sunni; cited by Imam al-Nawawi in al-Adhkar · (athar, not in the two Sahihs)
⚡ Ringkasan Amalan Sunnah⚡ Summary of the Sunnahs
Sebaik lahir: Azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri & tahnik dengan kurma. Hari ke-7: Cukur rambut (elak qaza'), beri nama yang baik & sembelih aqiqah — 2 kambing (lelaki) atau 1 kambing (perempuan). Khitan: Wajib bagi lelaki, sunat bagi perempuan. Iringi setiap detik dengan doa perlindungan & keberkatan.Right after birth: Azan in the right ear, iqamah in the left, & tahnik with a date. Day 7: Shave the hair (avoid qaza'), give a good name & slaughter the aqiqah — 2 goats (boy) or 1 goat (girl). Khitan: Obligatory for boys, recommended for girls. Accompany every moment with supplications of protection & blessing.
Meraikan Kelahiran Ikut Sunnah di An-NurCelebrating Birth the Sunnah Way at An-Nur
Hospital Pakar An-Nur adalah hospital pakar patuh syariah pertama di Malaysia. Kami memahami bahawa menyambut kelahiran bukan sekadar urusan perubatan, tetapi juga detik ibadah yang penuh makna. Persekitaran kami memudahkan keluarga mengamalkan sunnah sejak saat pertama — daripada azan di telinga bayi, doktor dan jururawat wanita untuk pesakit wanita, penjagaan aurat yang dijaga rapi, sehingga suasana yang mesra ibadah untuk seisi keluarga. An-Nur Specialist Hospital is Malaysia's first Shariah-compliant specialist hospital. We understand that welcoming a birth is not merely a medical event, but a meaningful act of worship. Our environment makes it easy for families to observe the sunnah from the very first moment — from the azan in the baby's ear, to female doctors and nurses for female patients, careful preservation of aurah, and a worship-friendly atmosphere for the whole family.
Jika anda sedang merancang atau menantikan kelahiran, terokai Pakej Bersalin Patuh Syariah An-Nur dan baca lebih lanjut tentang pengalaman bersalin patuh syariah bersama doktor wanita. Pasukan kami dengan senang hati membantu anda menyambut cahaya mata dengan cara yang paling diberkati. If you are planning or awaiting a birth, explore An-Nur's Shariah-Compliant Maternity Packages and read more about the Shariah-compliant birthing experience with female doctors. Our team is delighted to help you welcome your little one in the most blessed way.
Soalan Lazim (FAQ)Frequently Asked Questions (FAQ)
Bila azan dan iqamah dilaungkan pada bayi baru lahir?When are the azan and iqamah called for a newborn?
Sebaik sahaja bayi dilahirkan. Azan dilaungkan perlahan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri, menghadap kiblat. Hikmahnya supaya kalimah tauhid menjadi kalimah pertama yang didengari anak, mendahului bisikan syaitan.As soon as the baby is born. The azan is called softly into the right ear and the iqamah into the left ear, facing the qiblah. The wisdom is that the words of tawhid become the first the child hears, preceding the whispers of Satan.
Apakah tahnik dan bagaimana melakukannya?What is tahnik and how is it done?
Tahnik ialah menyapu kurma yang telah dikunyah lembut ke lelangit bayi menggunakan hujung jari, digerakkan ke kanan dan kiri sehingga rata, sambil berselawat dan berdoa keberkatan. Ia sunnah Rasulullah ﷺ dan lebih baik dilakukan oleh orang soleh.Tahnik is rubbing a softly-chewed date onto the baby's palate with the fingertip, moved right and left until spread evenly, while sending salawat and praying for blessings. It is a sunnah of the Prophet ﷺ, best performed by a righteous person.
Bila rambut bayi dicukur, dan apakah larangan qaza'?When is the baby's hair shaved, and what is the prohibition of qaza'?
Rambut bayi disunatkan dicukur hingga botak pada hari ketujuh (lelaki dan perempuan), dan berat rambut dinilai dengan perak untuk disedekahkan. Qaza' — mencukur sebahagian dan meninggalkan sebahagian — adalah dilarang oleh Rasulullah ﷺ.The baby's hair is sunnah to be fully shaved on the seventh day (for boys and girls), and its weight is valued in silver to be given in charity. Qaza' — shaving part and leaving part — is prohibited by the Prophet ﷺ.
Berapa ekor kambing untuk aqiqah bayi lelaki dan perempuan?How many goats for the aqiqah of a boy and a girl?
Bagi bayi lelaki, dua ekor kambing; bagi bayi perempuan, seekor kambing. Hukumnya sunat muakkad, sebaiknya pada hari ketujuh. Jika tidak mampu, seekor kambing memadai untuk lelaki atau perempuan. Seekor lembu atau unta boleh dikongsi tujuh orang.For a boy, two goats; for a girl, one goat. The ruling is sunnah mu'akkadah, best on the seventh day. If unable to afford more, one goat suffices for a boy or a girl. One cow or camel may be shared among seven people.
Apakah hukum khitan bagi lelaki dan perempuan?What is the ruling on circumcision for boys and girls?
Khitan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan. Bagi bayi, disunatkan pada usia tujuh hari. Menurut pandangan yang dinukilkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bagi wanita ia adalah haknya dan jika tidak dilakukan tidak berdosa; yang penting ia disempurnakan oleh doktor yang dipercayai.Circumcision is obligatory for boys and recommended for girls. For a baby, it is recommended at seven days old. Per the view cited by the Federal Territory Mufti's Office, for women it is her right and there is no sin if not done; what matters is that it is carried out by a trusted doctor.
Baca SeterusnyaRead Next
- Pakej Bersalin Patuh Syariah Hospital Pakar An-NurShariah-Compliant Maternity Packages at An-Nur Specialist Hospital
- Bersalin Patuh Syariah dengan Doktor Wanita di An-NurShariah-Compliant Delivery with Female Doctors at An-Nur
Rujukan SumberReferences
- Slaid Kelas Antenatal "Kelahiran dalam Islam" — Jabatan Pematuhan Syariah, Hospital Pakar An-Nur.Antenatal Class Slides "Birth in Islam" — Shariah Compliance Department, An-Nur Specialist Hospital.
- Dr Anisah Abd Ghani — Darah Wanita: Perspektif Ulama & Pakar Perubatan.
- Mustafa Al-Bugha — Fiqh Manhaji, Jilid 1.
- Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid — Indahnya Hidup Bersyariat.
- Al-Kafi Li Al-Fatawi Siri Ke-419: Hukum Berkhatan Bagi Wanita — Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (muftiwp.gov.my).
📌 Disemak & Disahkan Oleh📌 Reviewed & Verified By
Jabatan Pematuhan Syariah — Hospital Pakar An-Nur
Kandungan ini bersumberkan slaid kelas antenatal "Kelahiran dalam Islam" terbitan Jabatan Pematuhan Syariah, Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.Shariah Compliance Department — An-Nur Specialist Hospital
This content is sourced from the antenatal class slides "Birth in Islam" produced by the Shariah Compliance Department, An-Nur Specialist Hospital, Bandar Baru Bangi.
Diterbitkan: 31 Julai 2026 · Dikemas kini: 31 Julai 2026Published: 31 July 2026 · Updated: 31 July 2026