Panel Pakar Perbidanan & Sakit Puan Wanita:
Female Obstetrics & Gynaecology Expert Panel:
Datuk Dr. Harlina

Datuk Dr. Harlina Halizah

Pakar Perunding Kanan O&G
PMW, MD (UKM), MOG (UKM)

Senior Consultant O&G Specialist
PMW, MD (UKM), MOG (UKM)

Dr. Normaliza

Dr. Normaliza Muhamad

Pakar Perunding O&G
MD (UPM), MOG (UKM)

Consultant O&G Specialist
MD (UPM), MOG (UKM)

Proses melahirkan anak adalah satu jihad dan pengorbanan terbesar seorang wanita. Di saat anda sedang bertarung nyawa menahan kesakitan kontraksi, emosi anda berada di tahap paling rapuh. Apa yang paling anda perlukan pada saat itu adalah ketenangan dan rasa selamat.

Namun, ramai ibu (terutama Muslimah) merasa sangat gelisah memikirkan soal aurat. "Bagaimana kalau doktor lelaki yang sambut baby nanti? Segannya kalau aurat terdedah kepada staf lelaki yang lalu-lalang di labor room." Di Hospital Pakar An-Nur, kami memahami kerisauan ini sepenuhnya.

Pengalaman Bersalin Bermaruah & Patuh Syariah

Sebagai pelopor Hospital Mesra Ibadah di Malaysia, kami menerapkan konsep Patuh Syariah secara menyeluruh—bukan sahaja dari segi penyediaan makanan halal, tetapi juga dalam prosedur perubatan, privasi aurat, dan sokongan kerohanian.

The process of giving birth is one of the greatest sacrifices a woman can make. While battling the intense pain of contractions, your emotions are at their most fragile. What you need most in that moment is peace and a sense of safety.

However, many mothers (especially Muslims) feel extremely anxious about their aurah (modesty). "What if a male doctor delivers my baby? It's so embarrassing if my aurah is exposed to male staff walking around the labor room." At An-Nur Specialist Hospital, we completely understand this concern.

A Dignified & Shariah-Compliant Childbirth Experience

As a pioneer of the Shariah-Compliant Hospital concept in Malaysia, we implement Islamic principles comprehensively—not just in providing halal food, but also in medical procedures, privacy of aurah, and spiritual support.

Kenapa Ibu-Ibu Memilih Bersalin Di An-Nur?

Why Do Mothers Choose to Deliver at An-Nur?

  • 100% Pakar O&G Wanita: Anda mempunyai kebebasan mutlak untuk memilih doktor pakar wanita dari awal pemeriksaan antenatal sehinggalah ke dewan bersalin (Labor Room). Tiada kompromi bab aurat.
  • Jururawat & Bidan Muslimah: Kesemua petugas yang mengendalikan anda di dewan bersalin adalah wanita yang sangat memahami batas aurat pesakit.
  • Bilik Bersalin Privasi (Single Room): Anda tidak akan berkongsi dewan bersalin dengan pesakit lain. Suami boleh menemani dan memberi sokongan moral di sisi anda sepanjang masa tanpa halangan.
  • Sokongan Kerohanian (Zikir & Doa): Alunan ayat suci Al-Quran dan zikir sentiasa dipasang di bilik bersalin untuk memberi ketenangan kepada emosi ibu yang sedang menahan sakit.
  • Tunjuk Ajar Tayammum & Solat: Jururawat kami sedia membantu ibu yang terpaksa ditahan di wad (seperti kes induce) untuk mengambil wuduk/tayammum dan menunaikan solat dengan betul walaupun sedang sakit.
  • 100% Female O&G Specialists: You have the absolute freedom to choose a female specialist doctor from early antenatal check-ups all the way to the Labor Room. No compromises on modesty.
  • Muslimah Nurses & Midwives: All staff attending to you in the labor room are women who strictly respect your privacy boundaries.
  • Private Delivery Rooms (Single Room): You will not share a delivery suite with other patients. Your husband can stay by your side to provide moral support throughout the entire process.
  • Spiritual Support (Zikr & Prayers): Calming recitations of the Quran and zikr are played in the delivery room to soothe the emotions of mothers enduring labor pain.
  • Guidance on Tayammum & Prayers: Our nurses are ready to assist warded mothers (e.g., during induction) to perform ablution/tayammum and pray correctly despite their pain.

Tempah Ketenangan Fikiran Anda Hari Ini

Apabila emosi ibu tenang dan bebas dari rasa malu, otot pelvis akan menjadi lebih relaks. Ini sangat membantu melancarkan proses meneran dan mengurangkan risiko komplikasi atau koyakan teruk.

Pakej Bersalin Patuh Syariah kami bermula dari harga yang sangat berpatutan iaitu RM 3,299 (untuk bilik Double). Hadiahkan diri anda pengalaman melahirkan zuriat yang mendamaikan, penuh kasih sayang, dan terpelihara kehormatannya di Hospital Pakar An-Nur.

Book Your Peace of Mind Today

When a mother's emotions are calm and free from embarrassment, the pelvic muscles become more relaxed. This significantly helps smoothen the pushing process and reduces the risk of complications or severe tearing.

Our Shariah-Compliant Maternity Package starts from a very affordable price of RM 3,299 (for a Double room). Gift yourself a peaceful, loving, and dignified childbirth experience at An-Nur Specialist Hospital.

Lindungi Aurat & Keselesaan Anda.

Protect Your Modesty & Comfort.

Tanya staf kami berkenaan syarat tempahan Pakej Bersalin (Normal & C-Sect) berserta senarai penuh Pakar O&G Wanita kami.

Ask our staff about the booking requirements for our Maternity Packages (Normal & C-Sect) and our full list of Female O&G Specialists.