Kesuburan
Fertility

Senggugut Teruk Sampai Guling-Guling? Awas, Ia Mungkin 'Gam' Menghalang Anda HamilPeriod Pain So Bad You Are Rolling in Agony? It May Be the 'Glue' Stopping You From Getting Pregnant

Ringkasan VisualVisual Summary
Senggugut Teruk dan Sukar Hamil: Kenali EndometriosisSevere Period Pain and Trouble Conceiving: Know Endometriosis
Apa Itu EndometriosisWhat Is Endometriosis
Tisu endometrium tumbuh di luar rahim, berdarah ketika haid, lalu menyebabkan keradangan dan tisu parut.Endometrial tissue grows outside the womb, bleeds during periods, then causes inflammation and scar tissue.
Simptom Perlu DisemakSymptoms to Check
Senggugut melampau, sakit semasa hubungan intim, sakit membuang air ketika haid, haid banyak, sukar hamil.Severe period pain, painful sex, pain passing urine or stool during periods, heavy flow, trouble conceiving.
Kesan pada KesuburanEffect on Fertility
Tisu parut boleh menyumbat atau membengkokkan tiub fallopio, lalu menyukarkan sperma bertemu ovum.Scar tissue can block or bend the fallopian tubes, making it harder for sperm to reach the egg.
Diagnosis & RawatanDiagnosis & Treatment
Ultrasound transvaginal mengukur saiz sista; laparoskopi mungkin disarankan jika sista besar atau parut teruk.A transvaginal ultrasound measures the cyst; laparoscopy may be advised for a large cyst or severe scarring.
Ringkasan umum daripada artikel ini, bukan diagnosis. Dapatkan nasihat pakar untuk keadaan anda.A general summary of this article, not a diagnosis. Seek specialist advice for your situation.
Panel Pakar Kesuburan & O&G:
Fertility & O&G Expert Panel:
Hospital Pakar An-Nur

Panel Pakar Perunding Hospital Pakar An-Nur

Disemak oleh panel pakar perunding Hospital Pakar An-Nur.

Reviewed by the consultant specialist panel of An-Nur Specialist Hospital.

Sejak dari zaman sekolah lagi, anda sering dimomokkan dengan ayat: "Alah, senggugut sikit tu biasalah orang perempuan. Minum air suam, letak tuam panas, nanti okaylah." Akibatnya, anda menahan kesakitan yang melampau setiap bulan dalam diam.

Tetapi, mimpi ngeri sebenar bermula apabila anda telah mendirikan rumah tangga. Selepas bertahun-tahun mencuba untuk hamil tanpa sebarang hasil (TTC), anda akhirnya melakukan pemeriksaan. Keputusannya mengejutkan—Pakar O&G menemui ketulan darah beku sebesar bola tenis di kilang telur anda yang dipanggil Endometriosis (Chocolate Cyst).

Apa Itu Endometriosis & Bagaimana Ia Bertindak Seperti 'Gam'?

Rahim anda dilapisi oleh satu lapisan tisu yang dipanggil Endometrium. Setiap kali anda datang bulan, tisu ini akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Namun, bagi pesakit Endometriosis, tisu ini tumbuh secara "sesat" di luar rahim—seperti di ovari (kilang telur), tiub fallopio, atau usus.

Apabila anda haid, tisu yang sesat ini turut berdarah. Tetapi darah ini tidak boleh keluar dari badan! Darah lama yang terperangkap ini akan bertukar menjadi warna coklat gelap (sebab itu dipanggil Chocolate Cyst). Lama-kelamaan, ia akan mencetuskan keradangan teruk dan membentuk tisu parut yang tebal (adhesions).

Tisu parut inilah yang bertindak seperti "gam yang sangat kuat". Ia akan melekatkan dan menarik organ-organ dalaman pelvis anda bersama. Akibatnya, tiub fallopio anda tersumbat atau terbengkok, menjadikan mustahil untuk sperma suami berenang dan bertemu dengan ovum anda.

Since your school days, you've often been told: "Oh, a little period cramp is normal for women. Drink warm water, use a heating pad, it will be fine." As a result, you silently endure agonizing pain every single month.

But the real nightmare begins after marriage. After years of trying to conceive (TTC) with zero success, you finally go for a check-up. The result is shocking—the O&G Specialist finds a blood clot the size of a tennis ball in your ovary known as Endometriosis (Chocolate Cyst).

What is Endometriosis & How Does It Act Like 'Glue'?

Your uterus is lined with a tissue called the Endometrium. Every time you have your period, this tissue sheds and exits as menstrual blood. However, for Endometriosis patients, this tissue grows "astray" outside the uterus—such as on the ovaries, fallopian tubes, or intestines.

When you have your period, this rogue tissue also bleeds. But this blood has no way to exit the body! This trapped, old blood turns dark brown (hence the name Chocolate Cyst). Over time, it triggers severe inflammation and forms thick scar tissues (adhesions).

These scar tissues act like "super glue". They stick and pull your internal pelvic organs together. Consequently, your fallopian tubes become blocked or distorted, making it physically impossible for your husband's sperm to swim and meet your egg.

Berhenti Menahan Sakit! Semak Jika Anda Mempunyai Simptom Ini:

Stop Enduring the Pain! Check if You Have These Symptoms:

  • Senggugut Melampau (Dysmenorrhea): Sakit pinggang dan perut bawah yang sangat mencucuk sehingga anda terpaksa mengambil cuti sakit (MC) atau menelan ubat tahan sakit yang kuat (seperti Ponstan/Synflex).
  • Sakit Ketika Bersama Suami (Dyspareunia): Rasa senak dan sakit yang tajam jauh di dalam faraj semasa atau selepas melakukan hubungan intim.
  • Sakit Semasa Membuang Air: Rasa sakit mencucuk ketika membuang air besar atau kecil semasa anda sedang haid.
  • Darah Haid Terlalu Banyak (Heavy Flow): Aliran darah haid yang sangat banyak berhari-hari berserta ketulan darah beku yang besar.
  • Kemandulan (Infertility): Telah mencuba untuk hamil secara aktif (tanpa perancang) lebih dari setahun tetapi gagal.
  • Extreme Menstrual Cramps (Dysmenorrhea): Severe stabbing pain in the lower abdomen and back that forces you to take medical leave (MC) or strong painkillers (like Ponstan/Synflex).
  • Pain During Intercourse (Dyspareunia): Deep, sharp pelvic pain during or after being intimate with your husband.
  • Pain During Bowel/Bladder Movements: Sharp pain when urinating or having a bowel movement specifically during your period.
  • Heavy Menstrual Bleeding: An extremely heavy period flow lasting for days, accompanied by large blood clots.
  • Infertility: Actively trying to conceive (without contraception) for more than a year with no success.

Masih Boleh Hamil Ke Jika Ada Endometriosis?

Berita baik: Masih ada harapan! Memang benar Endometriosis merendahkan peluang untuk hamil secara semula jadi, tetapi dengan rawatan Pakar Kesuburan yang tepat, ramai pesakit kami telah berjaya menimang cahaya mata.

Rawatan bermula dengan Imbasan Ultrasound Transvaginal (TVS) untuk mengukur saiz cyst. Jika saiz cyst terlalu besar dan parut (adhesion) terlalu teruk, doktor mungkin akan menyarankan Pembedahan Laparoskopi (Laparoscopy).

Laparoskopi adalah prosedur tebuk lubang kecil, pakar akan "mencuci" dan membuang cyst serta gam-gam parut tersebut. Selepas pembedahan ini, persekitaran rahim anda akan kembali 'bersih' dan sihat, lantas meningkatkan peluang anda untuk hamil secara semula jadi secara mendadak! Jika masih gagal, teknologi IUI atau IVF mempunyai kadar kejayaan yang sangat tinggi untuk pesakit Endometriosis yang telah dirawat.

Can I Still Get Pregnant With Endometriosis?

Good news: There is still hope! It is true that Endometriosis lowers the chances of natural conception, but with the right Fertility Specialist treatment, many of our patients have successfully held their own babies.

Treatment starts with a Transvaginal Ultrasound (TVS) scan to measure the cyst's size. If the cyst is too large and the scarring (adhesions) is severe, the doctor may recommend Laparoscopic Surgery.

Laparoscopy is a keyhole procedure where the specialist will "clean up" and remove the cysts and glue-like scars. After this surgery, your pelvic environment will be 'clean' and healthy again, drastically increasing your chances of conceiving naturally! If it still fails, IUI or IVF technologies have very high success rates for treated Endometriosis patients.

Bebaskan Diri Dari Kesakitan & Gapailah Impian Zuriat Anda.

Free Yourself From Pain & Achieve Your Dream of Having a Baby.

Jangan biarkan penyakit ini terus merosakkan rahim anda. Jadualkan pemeriksaan Saringan Kesuburan (Scan) bersama Pakar O&G Wanita kami hari ini.

Do not let this disease continue to damage your womb. Schedule a Fertility Screening (Scan) with our Female O&G Specialists today.

📚 Rujukan & SumberReferences & Sources
Maklumat dalam artikel ini dirujuk daripada sumber kesihatan rasmi termasuk MedlinePlus (NIH) dan rangka klinikal Hospital Pakar An-Nur. Untuk diagnosis dan rawatan peribadi, sila rujuk pakar perubatan berdaftar. Information in this article is referenced from official health sources including MedlinePlus (NIH) and Hospital Pakar An-Nur clinical frameworks. For personalised diagnosis and treatment, please consult a registered medical specialist.
Jumpa PakarSee a Specialist

Sudah lama mencuba tetapi belum hamil?Trying for a while but not pregnant yet?

Pakar O&G dan Kesuburan kami boleh menilai kedua-dua suami dan isteri, mencari punca dan merancang langkah seterusnya.Our O&G and Fertility specialists can assess both husband and wife, find the cause and plan the next step.

Dr. Salleha binti Khalid
Dr. Salleha binti Khalid
Pakar Perunding O&G & KesuburanConsultant O&G & Fertility
MMC 41963 · NSR 133556
Dr. Wan Masliza Wan Daud
Dr. Wan Masliza Wan Daud
Pakar Perunding Obstetrik & GinekologiConsultant Obstetrician & Gynaecologist
MMC 39407 · NSR 133343
Lihat perkhidmatan O&G & kesuburan →See O&G & fertility services →

📚 Rujukan📚 References

Penafian PerubatanMedical Disclaimer
Maklumat dalam artikel ini bertujuan pendidikan umum sahaja dan bukan pengganti nasihat, diagnosis, atau rawatan perubatan profesional. Sila berjumpa doktor atau pakar bertauliah untuk penilaian individu. Hubungi Hospital Pakar An-Nur untuk temu janji. The information in this article is for general educational purposes only and is not a substitute for professional medical advice, diagnosis, or treatment. Please consult a qualified doctor for individual assessment. Contact An-Nur Specialist Hospital for an appointment.
Bermanfaat? Kongsi artikel iniUseful? Share this article