Waktu makan sering kali menjadi 'medan perang' buat para ibu bapa. Anda penat memasak pelbagai jenis menu, tetapi anak anda hanya merenung makanan, mengunyah berjam-jam tanpa menelannya, atau lebih teruk lagi, memuntahkan kembali makanan tersebut. Akhirnya, anda melabel anak sebagai seorang yang "picky eater" atau cerewet makan.
Tunggu dulu. Sebelum anda memarahi mereka, pernahkah anda terfikir bahawa anak anda sebenarnya bukan tak nak makan, tetapi mereka TAK BOLEH menelan?
Fenomena "Kissing Tonsils" (Tonsil Bercium)
Buka mulut anak anda dan suluh dengan lampu telefon. Di bahagian belakang tekak, terdapat dua ketulan kelenjar yang dipanggil tonsil. Dalam keadaan normal, tonsil bersaiz kecil dan tidak menghalang laluan tekak.
Namun, bagi sesetengah kanak-kanak yang kerap mengalami jangkitan kuman, tonsil ini akan membengkak ke tahap yang melampau (Gred 3 atau Gred 4). Apabila ia terlalu besar sehingga tonsil kiri dan kanan bersentuhan di tengah tekak, keadaan ini dipanggil "Kissing Tonsils".
Bayangkan tekak anak anda yang kecil itu telah terhalang hampir 80% hingga 90% oleh ketulan daging ini. Ruang yang tinggal hanyalah sebesar straw minuman. Bagaimana makanan pejal seperti nasi atau ayam mahu melepasi laluan yang sempit ini?
Meal times often become a 'battleground' for parents. You spend hours cooking various meals, but your child just stares at the food, chews for hours without swallowing, or worse, gags and spits it out. Eventually, you label your child as a "picky eater".
Wait a minute. Before getting frustrated, have you ever considered that your child doesn't want to eat because they actually CANNOT swallow?
The "Kissing Tonsils" Phenomenon
Open your child's mouth and shine a flashlight. At the back of the throat sit two glandular masses called tonsils. In normal conditions, tonsils are small and do not block the throat passage.
However, for some children who suffer from frequent infections, these tonsils swell to an extreme degree (Grade 3 or Grade 4). When they become so massively enlarged that the left and right tonsils touch each other in the middle of the throat, it is known as "Kissing Tonsils".
Imagine your child's tiny throat being obstructed by 80% to 90%. The remaining airway is merely the size of a drinking straw. How is solid food like rice or chicken supposed to pass through this narrow space?
Tanda-tanda Anak Anda Mempunyai Masalah Tonsil Menghalang Tekak:
Signs Your Child's Tonsils Are Obstructing Their Throat:
- Mengambil masa yang sangat lama (lebih 30-45 minit) untuk menghabiskan makanan.
- Suka simpan makanan (mengemam) di dalam pipi tanpa menelannya.
- Kerap tersedak atau muntah (gagging) apabila makan makanan pejal atau bertekstur kasar.
- Hanya memilih makanan yang lembut, berkuah, atau cecair (seperti susu, bubur, sup).
- Berat badan merosot, kelihatan cengkung, atau tumbesaran terbantut berbanding rakan sebaya (Failure to thrive).
- Tidur berdengkur pada waktu malam dengan mulut terbuka.
- Takes an extremely long time (more than 30-45 minutes) to finish a meal.
- Tends to pocket or hold food in their cheeks without swallowing.
- Frequently gags or chokes when eating solid or coarse-textured foods.
- Prefers only soft, soupy, or liquid diets (like milk, porridge, or soup).
- Noticeable weight loss, looking pale, or stunted growth compared to peers (Failure to thrive).
- Snores loudly at night while sleeping with an open mouth.
Penyelesaian: Kembalikan Selera Makan Anak Anda
Memaksa anak makan atau memberi vitamin penambah selera tidak akan menyelesaikan masalah mekanikal ini. Halangan (blockage) di tekak tersebut perlu diuruskan oleh Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT).
Pakar ENT kami akan melakukan pemeriksaan skop kecil untuk menilai saiz sebenar tonsil tersebut. Jika disahkan ia mengganggu proses pemakanan dan pernafasan, prosedur pembedahan membuang tonsil (Tonsillectomy) sangat disarankan.
Selepas membuang "batu penghalang" ini, majoriti ibu bapa melaporkan perubahan yang sangat drastik pada anak mereka. Laluan tekak menjadi lapang, tiada lagi rasa sakit ketika menelan, dan secara tiba-tiba anak yang sebelum ini "picky eater" mula makan dengan berselera dan berat badan mereka kembali meningkat sihat!
The Solution: Restore Your Child's Appetite
Forcing your child to eat or giving them appetite-boosting vitamins will not solve this mechanical issue. The physical blockage in the throat needs to be addressed by an Ear, Nose & Throat (ENT) Specialist.
Our ENT specialist will perform a simple scope examination to assess the actual size of the tonsils. If it is confirmed that they are severely obstructing eating and breathing, a surgical procedure to remove the tonsils (Tonsillectomy) is highly recommended.
After removing this "roadblock", the majority of parents report a drastic positive change in their children. The throat passage is cleared, there is no more pain when swallowing, and suddenly the former "picky eater" eats heartily, quickly gaining back healthy weight!
Bantu Anak Anda Makan & Membesar Dengan Selesa.
Help Your Child Eat & Grow Comfortably.
Usah teka-teki lagi. Bawa anak anda berjumpa dengan barisan Pakar ENT kami untuk pemeriksaan diagnosis yang pantas hari ini.
Stop second-guessing. Bring your child to meet our ENT Specialists for a quick and accurate diagnostic check-up today.