Kehamilan & Bersalin
Pregnancy & Childbirth

Takut Menahan Sakit Kontraksi Berjam-Jam? Ketahui Pilihan 'Pain Relief' AndaAfraid of Hours of Contraction Pain? Know Your Pain Relief Options

Ringkasan VisualVisual Summary
Sakit Bersalin: Ada Tiga Pilihan Melegakan KesakitanLabour Pain: Three Options for Pain Relief
Gas EntonoxEntonox Gas
Campuran oksigen dan nitrus oksida disedut melalui topeng muka ketika kontraksi, membantu ibu lebih relaks.A mix of oxygen and nitrous oxide inhaled through a face mask during contractions to help the mother relax.
Suntikan PethidinePethidine Injection
Ubat penahan sakit disuntik pada otot paha atau punggung, membolehkan ibu berehat sementara menunggu bukaan.A painkiller injected into the thigh or buttock muscle lets the mother rest while waiting for dilation.
Bius EpiduralEpidural Analgesia
Pakar Bius menyuntik bius ke ruang epidural di tulang belakang; ibu kekal sedar dan masih boleh meneran.An Anaesthetist injects anaesthetic into the epidural space of the spine; the mother stays awake and can push.
Bilik Bersalin PrivasiPrivate Delivery Room
Suami boleh berada di sisi untuk urutan belakang dan sokongan moral dalam bilik bersalin privasi.Your husband can stay by your side for back massages and moral support in a private delivery room.
Ringkasan umum daripada artikel ini, bukan diagnosis. Dapatkan nasihat pakar untuk keadaan anda.A general summary of this article, not a diagnosis. Seek specialist advice for your situation.
Panel Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G):
Obstetrics & Gynaecology Expert Panel:
Hospital Pakar An-Nur

Panel Pakar Perunding Hospital Pakar An-Nur

Disemak oleh panel pakar perunding Hospital Pakar An-Nur.

Reviewed by the consultant specialist panel of An-Nur Specialist Hospital.

Menonton drama di televisyen sering memberikan gambaran yang menakutkan tentang proses bersalin—ibu menjerit kesakitan, berpeluh sakan, dan suami panik di sebelah. Realitinya, fasa kontraksi untuk bukaan jalan (dilatation) boleh memakan masa dari 12 hingga 24 jam bagi kehamilan pertama!

Ada satu mitos kuat dalam masyarakat kita: "Wanita sejati mesti tahan sakit bersalin. Kalau ambil bius, nanti sakit tulang belakang seumur hidup."

Faktanya, membiarkan diri anda menahan kesakitan yang melampau berjam-jam lamanya akan menyebabkan anda kehabisan tenaga. Apabila tiba masa untuk meneran (push), anda mungkin sudah terlalu lemah, yang akhirnya meningkatkan risiko pembedahan C-Sect kecemasan.

Bebaskan Diri Dari Kesakitan: Anda Berhak Memilih

Di Hospital Pakar An-Nur, kami percaya bahawa proses menyambut kelahiran zuriat haruslah menjadi satu pengalaman yang indah dan mendamaikan, bukannya traumatik. Oleh itu, kami menyediakan beberapa pilihan Pengurusan Kesakitan (Pain Relief) yang selamat untuk keselesaan anda:

Watching television dramas often gives a terrifying portrayal of childbirth—mothers screaming in agony, sweating profusely, and panicked husbands by their side. In reality, the contraction phase for cervical dilation can take anywhere from 12 to 24 hours for a first pregnancy!

There is a strong myth in our society: "A real woman must endure labor pain naturally. If you take painkillers, you'll have back pain for life."

The fact is, forcing yourself to endure extreme agony for hours will leave you completely exhausted. When it's finally time to push, you might be too weak, which ultimately increases the risk of needing an emergency C-Section.

Free Yourself From Pain: You Have the Right to Choose

At An-Nur Specialist Hospital, we believe that welcoming your newborn should be a beautiful and peaceful experience, not a traumatic one. Therefore, we provide several safe Pain Relief Management options for your comfort:

3 Pilihan 'Pain Relief' Yang Disediakan Untuk Anda:

3 'Pain Relief' Options Available For You:

  • 1. Gas Entonox (Laughing Gas):
    Campuran gas oksigen dan nitrus oksida yang disedut melalui topeng muka ketika kontraksi datang. Ia sangat selamat, tidak merbahayakan bayi, dan membantu ibu merasa sedikit 'khayal' (lightheaded) dan lebih relaks menahan sakit.
  • 2. Suntikan Pethidine:
    Suntikan ubat penahan sakit (opioid) yang diberikan pada otot paha atau punggung. Ia sangat berkesan untuk menenangkan otot yang tegang dan membolehkan ibu berehat atau tidur sebentar sementara menunggu bukaan jalan (cervix) penuh.
  • 3. Bius Epidural (Paling Efektif):
    Suntikan bius yang diberikan oleh Pakar Bius (Anaesthetist) ke ruang epidural di tulang belakang. Ia menghilangkan 90% hingga 100% rasa sakit kontraksi dari paras pinggang ke bawah! Anda kekal sedar, boleh bersembang dengan suami, dan masih boleh meneran dengan bimbingan doktor apabila tiba masanya.
  • 1. Entonox Gas (Laughing Gas):
    A mixture of oxygen and nitrous oxide inhaled through a mask during contractions. It is highly safe, harmless to the baby, and helps the mother feel slightly 'lightheaded' and more relaxed to cope with the pain.
  • 2. Pethidine Injection:
    A strong painkiller (opioid) injection given into the thigh or buttock muscle. It is very effective at relaxing tense muscles, allowing the mother to rest or take a short nap while waiting for full cervical dilation.
  • 3. Epidural Analgesia (Most Effective):
    An anesthetic injection administered by an Anaesthetist into the epidural space in the lower back. It numbs 90% to 100% of the contraction pain from the waist down! You remain fully awake, can chat with your husband, and can still push effectively with the doctor's guidance when the time comes.

Selesa Di Dalam Bilik Bersalin Privasi (Single Room)

Selain bantuan ubatan, persekitaran juga memainkan peranan penting dalam mengawal kesakitan. Di Hospital Pakar An-Nur, anda tidak perlu menahan jeritan atau berasa segan. Anda akan ditempatkan di Bilik Bersalin Privasi (Single Room).

Suami anda boleh berada di sisi sepanjang masa untuk memberikan urutan belakang badan (massage), memberi sokongan moral, dan menemani anda mendengar alunan zikir yang menenangkan. Kombinasi bius penahan sakit dan sokongan suami di dalam bilik privasi ini terbukti mempercepatkan proses bukaan rahim dengan sangat efektif.

Comfort in a Private Delivery Room (Single Room)

Besides medical pain relief, the environment plays a crucial role in pain management. At An-Nur Specialist Hospital, you don't have to suppress your cries or feel embarrassed. You will be admitted to a Private Delivery Suite (Single Room).

Your husband can be by your side the entire time to give back massages, provide moral support, and accompany you while listening to calming zikr recitations. The combination of medical pain relief and a husband's support in a private room is proven to effectively speed up cervical dilation.

Pilih Bersalin Tanpa Trauma.

Choose a Trauma-Free Birth.

Berbincang dengan Pakar O&G Wanita kami untuk merangka Pelan Kelahiran (Birth Plan) anda. Semak harga Pakej Bersalin kami hari ini.

Discuss with our Female O&G Specialists to design your personal Birth Plan. Check the prices of our Maternity Packages today.

Jumpa PakarSee a Specialist

Sedang hamil atau merancang kehamilan?Pregnant or planning a pregnancy?

Pakar O&G kami memantau kehamilan anda dari imbasan awal hingga bersalin. Jika ada pendarahan banyak atau sakit perut yang kuat, terus ke Unit Kecemasan 24 jam (03-8923 5518).Our O&G specialists follow your pregnancy from the early scan to delivery. For heavy bleeding or severe abdominal pain, go straight to our 24-hour Emergency Unit (03-8923 5518).

Dr. Yulianty binti Arifuddin
Dr. Yulianty binti Arifuddin
Pakar Perunding Obstetrik & GinekologiConsultant Obstetrician & Gynaecologist
MMC 52908 · NSR 134947
Dr. Normaliza binti Muhamad
Dr. Normaliza binti Muhamad
Pakar Perunding Obstetrik & GinekologiConsultant Obstetrician & Gynaecologist
MMC 44708 · NSR 140111
Lihat pakej bersalin →See maternity packages →

📚 Rujukan📚 References

Penafian PerubatanMedical Disclaimer
Maklumat dalam artikel ini bertujuan pendidikan umum sahaja dan bukan pengganti nasihat, diagnosis, atau rawatan perubatan profesional. Sila berjumpa doktor atau pakar bertauliah untuk penilaian individu. Hubungi Hospital Pakar An-Nur untuk temu janji. The information in this article is for general educational purposes only and is not a substitute for professional medical advice, diagnosis, or treatment. Please consult a qualified doctor for individual assessment. Contact An-Nur Specialist Hospital for an appointment.
Bermanfaat? Kongsi artikel iniUseful? Share this article