Disemak oleh panel pakar perunding Hospital Pakar An-Nur.Reviewed by the consultant specialist panel of An-Nur Specialist Hospital.
Sakit dada yang datang secara tiba-tiba bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Di Malaysia, penyakit jantung iskemik kekal sebagai pembunuh nombor satu. Kesedaran tentang simptom awal dan tindakan pantas ialah penentu antara nyawa dan maut.
Sudden chest pain is not something to be taken lightly. In Malaysia, ischaemic heart disease remains the leading cause of death. Knowing the early symptoms and acting quickly can make the difference between life and death.
Jika anda atau ahli keluarga mengalami tanda-tanda ini, jangan tunggu. Hubungi 999 atau Kecemasan 24 jam Hospital Pakar An-Nur (03-8923 5518):
If you or a family member have these signs, do not wait. Call 999 or the An-Nur 24-hour Emergency line (03-8923 5518):
Apabila serangan jantung berlaku, saluran darah utama ke jantung tersumbat. Di sinilah fungsi Makmal Kateterisasi Jantung (Cath Lab) menjadi sangat penting. Ia ialah bilik pengimejan diagnostik untuk melihat arteri jantung anda secara langsung bagi melakukan prosedur Angiogram (pemeriksaan) dan Angioplasty (pemasangan stent atau belon).
When a heart attack happens, a main blood vessel to the heart becomes blocked. This is where the Cardiac Catheterization Lab (Cath Lab) becomes crucial. It is a diagnostic imaging room used to view your heart arteries directly and perform Angiogram (diagnostic) and Angioplasty (stent or balloon) procedures.
Cath Lab Hospital Pakar An-Nur dilengkapi teknologi pengimejan resolusi tinggi dan dikendalikan oleh pakar kardiologi berpengalaman. Perkhidmatan kami juga berteraskan nilai patuh syariah untuk ketenangan minda pesakit.
The An-Nur Cath Lab is equipped with high-resolution imaging and run by experienced cardiologists. Our services are also grounded in Shariah-compliant values for patients' peace of mind.
Jangan tunggu sehingga sakit tidak tertanggung. Dapatkan rawatan atau tempah temu janji dengan Pakar Kardiologi kami hari ini.
Do not wait until the pain becomes unbearable. Get treatment or book an appointment with our Cardiologist today.
Pakar Kardiologi kami boleh menilai jantung anda dengan ujian yang sesuai. Sakit dada yang teruk atau tiba-tiba: terus hubungi 999 atau Kecemasan 24 jam (03-8923 5518).Our Cardiologists can assess your heart with the right tests. Severe or sudden chest pain: call 999 or our 24-hour Emergency (03-8923 5518).


📚 Rujukan📚 References