Apabila ibu bapa kita semakin meniti usia senja, kita mula perhatikan perubahan pada pergerakan mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk bangun dari lantai, mengelak dari menaiki tangga, dan akhirnya terpaksa menunaikan solat di atas kerusi.

Apabila ditanya, mereka sering menepis dengan berkata, "Biasa lah sakit urat orang tua...". Namun, jika lutut mereka kerap berbunyi dan bengkak, ia besar kemungkinan berpunca daripada masalah penuaan sendi yang dikenali sebagai Osteoarthritis (OA).

As our parents age, we start noticing changes in their mobility. They take longer to get up from the floor, avoid climbing stairs, and eventually have to perform their prayers sitting on a chair.

When asked, they often brush it off saying, "It's just normal old age nerve pain...". However, if their knees constantly make cracking sounds and swell, it is highly likely due to a joint aging problem known as Osteoarthritis (OA).

Fakta Anatomi: Apa Itu Osteoarthritis?

Anatomy Fact: What is Osteoarthritis?

Di hujung setiap tulang lutut kita, terdapat lapisan tulang rawan (cartilage) yang licin bertindak seperti 'gel' atau pelapik penyerap hentakan. Seiring dengan peningkatan usia, berat badan, atau penggunaan berlebihan, tulang rawan ini akan haus dan menipis. Akibatnya, tulang mula bergesel dengan tulang secara langsung. Geseran inilah yang menghasilkan bunyi dan menyebabkan keradangan serta rasa sakit yang amat sangat.

At the end of our knee bones, there is a smooth layer of cartilage that acts like 'gel' or a shock-absorbing cushion. With age, excess weight, or overuse, this cartilage wears away and thins out. Consequently, bone starts rubbing directly against bone. This friction is what produces the cracking sound and causes severe inflammation and pain.

3 Petanda Jelas Ibu Bapa Anda Memerlukan Rawatan

3 Clear Signs Your Parents Need Treatment

Apakah Pilihan Rawatan Yang Ada?

What Are the Treatment Options?

Jangan risau, berjumpa Pakar Ortopedik tidak bermaksud pesakit akan terus dibedah. Rawatan bergantung kepada tahap kehausan tulang rawan tersebut:

Don't worry, seeing an Orthopaedic Specialist does not mean immediate surgery. Treatment depends on the stage of cartilage wear: