Sering kali kita melihat individu yang nampak sihat di luar, aktif bersukan, dan tidak obes, tiba-tiba rebah akibat serangan jantung. Apabila diselidik, rupa-rupanya mereka mempunyai bacaan kolesterol jahat (LDL) yang sangat tinggi di dalam darah.
Kolesterol adalah pembunuh senyap. Ia tidak menunjukkan sebarang simptom fizikal sehinggalah saluran darah jantung anda tersumbat hampir 70% ke 80%.
Often, we see individuals who look perfectly healthy on the outside, actively playing sports, and not obese, suddenly collapse from a heart attack. Upon investigation, it turns out they had dangerously high levels of bad cholesterol (LDL) in their blood.
Cholesterol is a silent killer. It shows absolutely no physical symptoms until your heart arteries are 70% to 80% blocked.
Fakta Sains: Bagaimana Kolesterol Menyumbat Jantung?
Scientific Fact: How Does Cholesterol Block the Heart?
Proses ini dipanggil Atherosclerosis. Lama-kelamaan, kolesterol berlebihan di dalam darah akan melekat pada dinding dalaman arteri jantung anda, membentuk 'plak' yang keras dan tebal. Saluran darah yang pada asalnya lebar seperti paip air yang bersih, kini menjadi sempit, menyukarkan darah yang membawa oksigen untuk sampai ke otot jantung.
This process is called Atherosclerosis. Over time, excess cholesterol in the blood sticks to the inner walls of your heart arteries, forming hard, thick 'plaques'. The arteries, originally wide like a clean water pipe, become narrowed, making it extremely difficult for oxygen-rich blood to reach the heart muscle.
Tanda-Tanda Awal Saluran Jantung Anda Mula Sempit
Early Signs Your Heart Arteries Are Narrowing
Walaupun proses sumbatan berlaku secara senyap, otot jantung anda akan mula "menjerit" meminta oksigen apabila anda melakukan aktiviti fizikal. Perhatikan amaran ini (dikenali sebagai Angina):
Although the blockage process happens silently, your heart muscle will start "screaming" for oxygen when you perform physical activities. Pay attention to these warnings (known as Angina):
- Sakit Dada Bila Bersenam: Dada terasa ketat atau berat apabila anda berjalan laju, menaiki tangga, atau mengangkat barang, tetapi hilang selepas anda duduk berehat selama 5-10 minit.
- Chest Pain During Exertion: The chest feels tight or heavy when you walk fast, climb stairs, or carry loads, but the pain completely goes away after you sit and rest for 5-10 minutes.
- Cepat Mengah: Anda merasa jauh lebih cepat letih dan tercungap-cungap melakukan aktiviti harian yang dulunya mudah bagi anda.
- Easily Breathless: You feel exhausted much faster and gasp for air doing daily activities that used to be incredibly easy for you.
Mengapa Ramai Pesakit Takut Buat Ujian Angiogram?
Why Are Many Patients Terrified of an Angiogram?
Apabila Pakar Kardiologi mencadangkan prosedur Angiogram Koronari untuk melihat tahap sumbatan, ramai pesakit terus menolak kerana takut "jantung ditebuk" atau risau dibedah. Mari kita betulkan mitos ini:
When a Cardiologist suggests a Coronary Angiogram procedure to check the blockage level, many patients immediately refuse out of fear of having their "heart pierced" or undergoing open surgery. Let's bust these myths:
- Angiogram Bukan Pembedahan Terbuka: Ia hanyalah ujian diagnostik (pengimejan). Doktor tidak akan membelah dada anda.
- An Angiogram is NOT Open Surgery: It is merely a diagnostic (imaging) test. The doctor will not cut your chest open.
- Sangat Pantas & Melalui Tangan: Prosedur ini biasanya dilakukan dengan memasukkan tiub yang sangat halus (kateter) melalui saluran darah di pergelangan tangan (saluran Radial), bukan terus ke jantung.
- Very Fast & Done via the Wrist: The procedure is usually done by inserting a very fine tube (catheter) through the blood vessel in your wrist (Radial artery), not directly into the heart.
- Anda Sedar Sepenuhnya: Anda hanya akan diberikan bius setempat (kebas di tangan) dan ubat penenang ringan. Anda boleh berbual dengan doktor sambil melihat gambar saluran darah jantung anda di skrin X-Ray.
- You Are Fully Awake: You will only be given local anesthesia (numbing the wrist) and a mild sedative. You can chat with the doctor while looking at the images of your heart arteries on the X-Ray screen.
Jika pakar mendapati ada saluran yang tersumbat teruk (contohnya 90%), barulah mereka akan meminta izin anda untuk memasukkan belon kecil dan jaring besi (Stent / Angioplasty) untuk membuka kembali paip yang tersumbat itu, dan menyelamatkan anda dari serangan jantung yang membawa maut.
If the specialist finds a severely blocked artery (e.g., 90%), only then will they ask for your permission to insert a small balloon and a wire mesh (Stent / Angioplasty) to re-open the blocked pipe, effectively saving you from a fatal heart attack.