Adakah anda sering terlepas kitaran haid berbulan-bulan lamanya? Atau adakah jarum penimbang berat badan asyik naik walaupun anda sudah mengawal portion makanan? Jangan ambil ringan, tubuh anda sedang cuba berkomunikasi dengan anda.
Bagi wanita yang sedang merancang kehamilan (TTC), kitaran haid yang teratur adalah kunci utama. Haid yang "tingtong" biasanya menandakan ovulasi (pembebasan telur matang dari ovari) tidak berlaku dengan betul. Salah satu punca paling dominan untuk masalah ini adalah ketidakseimbangan hormon.
Do you often skip menstrual cycles for months at a time? Or does the weighing scale keep going up even though you've been strictly controlling your food portions? Don't take it lightly; your body is trying to communicate with you.
For women trying to conceive (TTC), a regular menstrual cycle is the master key. Irregular periods usually indicate that ovulation (the release of a mature egg from the ovary) is not occurring properly. One of the most dominant causes of this issue is hormonal imbalance.
Kaitan Antara Berat Badan, Insulin & Kilang Telur
The Link Between Weight, Insulin & the Ovaries
Sistem peranakan kita sangat sensitif. Jika anda mengalami kerintangan insulin (insulin resistance), pankreas akan mengeluarkan lebih banyak insulin. Lebihan insulin ini akan 'memaksa' ovari untuk menghasilkan hormon lelaki berlebihan. Hasilnya? Berat badan naik mendadak, dan kitaran haid menjadi caca-marba!
Our reproductive system is highly sensitive. If you suffer from insulin resistance, your pancreas will produce more insulin. This excess insulin 'forces' the ovaries to produce an abnormal amount of male hormones. The result? Sudden weight gain and a chaotic menstrual cycle!
Tanda-Tanda Anda Perlu Segera Berjumpa Pakar O&G
Signs You Need to See an O&G Specialist Immediately
Jangan tunggu sehingga bertahun-tahun mencuba baru hendak membuat pemeriksaan. Segera aturkan temujanji jika anda mula melihat ciri-ciri atau Red Flags ini:
Don't wait for years of trying before getting checked. Schedule an appointment immediately if you start noticing these traits or Red Flags:
- Kitaran Luar Biasa: Kitaran haid anda melebihi 35 hari, atau anda hanya datang bulan kurang daripada 8 kitaran dalam setahun.
- Abnormal Cycles: Your menstrual cycle exceeds 35 days, or you have fewer than 8 cycles in a single year.
- Pendarahan (Spotting): Anda sering berdarah sedikit-sedikit atau mengalami pendarahan yang berpanjangan di luar waktu haid sebenar.
- Spotting/Bleeding: You frequently experience light spotting or prolonged bleeding outside of your actual period window.
- Tompokan Hitam (Acanthosis Nigricans): Terdapat tompokan gelap dan tebal di bahagian belakang leher, celah ketiak atau celah paha. Ini adalah isyarat visual dari badan mengenai rintangan insulin yang tinggi.
- Dark Patches (Acanthosis Nigricans): The appearance of dark, thickened skin patches on the back of the neck, armpits, or groin. This is a visual cue of high insulin resistance.
- Sukar Kurus: Anda sukar menurunkan berat badan walaupun aktif bersenam dan berdiet.
- Hard to Lose Weight: You find it extremely difficult to lose weight despite being active and dieting.
Langkah Seterusnya: Pakar O&G di hospital kebiasaannya akan melakukan imbasan Ultrasound pelvis untuk melihat sama ada terdapat masalah fizikal pada rahim atau ovari anda (seperti cyst). Selain itu, ujian darah akan dijalankan untuk memeriksa profil hormon. Dengan rawatan tepat, kitaran haid anda boleh dipulihkan dan peluang untuk hamil akan meningkat.
Next Steps: An O&G specialist at the hospital will typically perform a pelvic Ultrasound to check for any physical issues in your uterus or ovaries (such as cysts). Additionally, blood tests will be conducted to check your hormonal profile. With the right treatment, your menstrual cycle can be restored, significantly increasing your chances of conceiving.