Umum

DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN LELAKI UNTUK TUJUAN RAWATAN GYNACOLOGY MENGGUNAKAN KAEDAH LAPAROSCOPY

Pihak Hospital Pakar An-Nur (HPAN) bakal mendapatkan khidmat seorang Doktor Pakar lelaki dalam bidang O&G. Beliau merupakan Ketua Jabatan Bahagian O&G di sebuah hospital kerajaan yang mempunyai kepakaran khusus untuk rawatan sakit puan dengan menggunakan kaedah laparoscopy bagi merawat penyakit-penyakit sakit puan.

Beberapa perkara penting yang perlu diambil kira untuk kemasukan beliau ke HPAN sebagai visiting consultant;

  1. Beliau memang diperakui pakar untuk prosedur-prosedur laparoscopy yang rumit. Kebanyakan doktor pakar wanita mahir dalam prosedur asas namun tidak semahir seperti doktor tersebut dalam prosedur yang rumit dan sukar.
  2. Tujuan kemasukan beliau juga adalah untuk membawa pesakit yang menanti giliran panjang di hospitalnya sedangkan pesakit mampu untuk membayar sendiri atau mempunyai Guarantee Letter (GL) atau Takaful sendiri.
  3. Beliau tidak akan membuat prosedur-prosedur Obstetrik yang melibatkan kekerapan check-up untuk proses kehamilan dan kelahiran. Hanya rawatan-rawatan Gynacology sahaja dibenarkan.
  4. Doktor pakar wanita sedia ada di HPAN tidak semahir beliau dan dengan kehadiran beliau ke HPAN secara tidak langsung memberi ruang kepada doktor wanita sedia ada untuk belajar daripadanya.

Hasil perbincangan di atas, Majlis Penasihat Syariah bersetuju dengan kemasukan beliau ke HPAN untuk manfaat yang baik namun perlu memenuhi garis panduan khusus. Antara perkara yang ditekankan adalah;

  1. Meminimakan aurat yang dibuka. Seluar khas perlu disediakan sekiranya perlu membuat pemeriksaan vagina (aurat Mughallazah).
  2. Hanya prosedur Gynacology sahaja yang dibenarkan.
  3. Menjadi ruang untuk doktor pakar wanita mempelajari kemahiran daripada beliau.

Pandangan ini adalah daripada perbincangan Majlis Penasihat Syariah, Hospital Pakar An-Nur, 21 Ogos 2020.

Jabatan Syariah, Hospital Pakar An-Nur Disemak oleh Majlis Penasihat Syariah HPAN. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 03-8923 5500 atau WhatsApp .
Kembali ke Tips Kesihatan