Jaundis berlaku apabila terdapat lebihan bilirubin (bahan kuning daripada pemecahan sel darah merah) dalam darah bayi. Hati bayi yang baru lahir masih belum matang sepenuhnya untuk membuangnya dengan cekap, jadi kulit & mata kelihatan kekuningan. Kebanyakan jaundis “fisiologi” muncul pada hari ke-2 hingga ke-4 dan reda dengan sendiri dalam 1–2 minggu.
Jaundice occurs when there is excess bilirubin (a yellow substance from the breakdown of red blood cells) in a baby’s blood. A newborn’s liver is not yet fully mature to clear it efficiently, so the skin & eyes look yellowish. Most “physiological” jaundice appears on day 2–4 and resolves on its own within 1–2 weeks.
⚠️ Bila Perlu Jumpa Doktor SEGERA
⚠️ When to See a Doctor URGENTLY
Dapatkan rawatan segera jika: jaundis muncul dalam 24 jam pertama selepas lahir; warna kuning makin pekat atau sampai ke tapak tangan/kaki; bayi terlalu mengantuk, susah menyusu, atau menangis melengking; jaundis berterusan lebih 2 minggu; atau najis pucat/air kencing gelap. Jaundis yang sangat tinggi dan tidak dirawat (jarang berlaku) boleh menjejaskan otak — jadi jangan tunggu jika anda nampak tanda-tanda ini. Hubungi 03-8923 5518 atau ke Jabatan Kecemasan.
Seek care urgently if: jaundice appears within the first 24 hours of birth; the yellow deepens or reaches the palms/soles; the baby is very sleepy, feeds poorly, or has a high-pitched cry; jaundice lasts beyond 2 weeks; or there are pale stools/dark urine. Very high, untreated jaundice (rare) can affect the brain — so do not wait if you see these signs. Call 03-8923 5518 or go to the Emergency Department.
Apa Itu Fototerapi?
What Is Phototherapy?
Fototerapi ialah rawatan menggunakan cahaya khas (biru) yang membantu memecahkan bilirubin supaya lebih mudah dibuang oleh badan bayi. Ia rawatan piawai yang selamat dan biasa digunakan apabila paras bilirubin melebihi tahap tertentu. Keputusan untuk memulakan fototerapi dibuat oleh doktor berdasarkan paras bilirubin, umur bayi, dan faktor risiko — bukan berdasarkan warna kulit semata-mata.
Phototherapy is a treatment using special (blue) light that helps break down bilirubin so the baby’s body can clear it more easily. It is a safe, standard treatment commonly used when bilirubin rises above a certain level. The decision to start phototherapy is made by a doctor based on bilirubin levels, the baby’s age, and risk factors — not on skin colour alone.
Daycare vs Home Phototherapy
Daycare vs Home Phototherapy
Bergantung pada keadaan bayi, fototerapi boleh dilakukan secara daycare di hospital (pemantauan rapi) atau di rumah (untuk kes yang sesuai, dengan peralatan dan pemantauan). Pakar Pediatrik akan menasihatkan pilihan paling selamat. Lihat pilihan & harga di halaman Perkhidmatan Pediatrik kami.
Depending on the baby’s condition, phototherapy can be done as hospital daycare (close monitoring) or at home (for suitable cases, with equipment and monitoring). The Paediatrician will advise the safest option. See options & prices on our Paediatric Services page.
Apa Patut Buat?
What to Do?
- Pantau bayi anda — perhatikan warna kuning, corak menyusu, dan kecergasan.
- Monitor your baby — watch the yellow colour, feeding pattern, and alertness.
- Teruskan penyusuan — penyusuan yang kerap membantu membuang bilirubin (kecuali doktor menasihatkan sebaliknya).
- Keep feeding — frequent feeding helps clear bilirubin (unless a doctor advises otherwise).
- Dapatkan penilaian Pakar Pediatrik jika anda ragu atau nampak tanda amaran di atas. Ujian bilirubin ringkas dapat memastikan keadaan bayi.
- Get a Paediatrician assessment if unsure or if you see the warning signs above. A simple bilirubin test can confirm your baby’s condition.
Rujukan klinikal: Portal MyHEALTH, KKM · WHO — Infant Health