-
Ujian saringan COVID dijalankan dengan cara mengambil sampel swab (kapas kesat) yang diambil dari hidung dan mulut.
-
Swab poliester kecil mempunyai batang panjang. Petugas kesihatan akan memasukkannya jauh ke dalam mulut dan /atau hidung, dan mengikis bahagian kerongkong (back of throat) atau hidung di bahagian yang dikenali sebagai (nasofarinks).
-
Kedalamannya adalah beberapa inci, kira-kira jarak yang sama dari mulut atau hidung, ke telinga.
-
Timbul persoalan pada bulan Ramadan ini sama ada ujian saringan Covid ini akan membatalkan puasa atau tidak?
-
Kupasan berkenaan isu ini boleh dibahagikan kepada dua pendapat.
-
Pertama, secara umumnya mengikut Mazhab Syafie, antara perkara yang membatalkan puasa adalah, memasukkan sesuatu ke dalam rongga / al-jawf iaitu ruang selepas halkum hingga usus dan tali perut melalui ruang yang sedia terbuka seperti telinga dan mulut.
-
Melihat kepada definisi asas ini, maka ujian saringan covid menggunakan nasal swab sehingga ke bahagian halkum adalah membatalkan puasa kerana berlaku proses memasukkan sesuatu ke dalam rongga al-jawf
-
Pendapat Kedua pula, jika kita lihat kepada hukum menjalani prosedur endoskopi iaitu memasukkan kamera ke dalam perut melalui saluran pemakanan, mulut ke halkum sehingga ke perut, Majma' Fiqh Islami dalam persidangannya yang ke-10 bersepakat mengatakan proses endoskopi tidak membatalkan puasa kerana:
- Ia bukan makanan dan tidak memberikan kesan penyegaran
- Ia sekadar alat yang dimasukkan kedalam rongga hidung /tekak dan dikeluarkan semula ie bersifat sementara
-
Prosedur nasal swab dalam ujian saringan COVID juga begitu. Ia bukanlah proses memasukkan makanan, tidak memberi kesan penyegaran dan alat yang dimasukkan pula bersifat sementara.
-
Dalam mengambil kira situasi semasa, situasi pendemik COVID-19, masyaqqah (kepayahan) dan taysir (kemudahan), Majlis Penasihat Shariah, Hospital Pakar An-Nur bersetuju dengan pandangan bahawa proses saringan COVID-19 melalui proses nasal swab adalah tidak membatalkan puasa.