Events

Haflah Sihat An-Nur telah berlangsung di Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2019. Program berlangsung di Lobi Utama Wisma Pusat Pungutan Zakat, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga jam 4 petang. Dan seperti biasa antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan. Di kesempatan ini, kakitangan PPZ dan pelanggan PPZ berpeluang untuk memeriksa tekanan darah, BMI, Kolesterol, Glukosa, asid urik serta kadar glukos.