Events
Menyedari keperluan bekalan darah negara, Hospital Pakar An-Nur dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan ‘Kempen Derma Darah’ bersempena “Haflah Sihat Annur 2.0” tanggal 11 Januari 2020 ( Sabtu). Ini merupakan kerjasama kali kedua selepas kejaayaan program sama yang dianjurkan tanggal 3 Ogos 2019. Menerusi kerjasama ini, sebanyak 74 bag darah telah Berjaya dikumpul mengatasi sasaran asal sebanyak 50 bag darah manakala 113 orang telah mendaftar sebagai penderma.
Haflah Sihat Annur 2.0 membuka tirai tahun 2020 berlangsung di Lobi Hospital Pakar Annur dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang telah mencatatkan Kehadiran melebihi 300 orang. Selain derma darah, terdapat pemeriksaan kesihatan percuma dan berbayar, pemeriksaan mata percuma dan pemeriksaan fisioterapi.
Program turut diserikan dengan persembahan badut serta booth aiskrim selain acara cabutan bertuah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung atau tidak serta jutaan tahniah diucapkan kepada para penderma darah dan pemenang cabutan bertuah.