Events

Tanggal 1 Disember 2019 telah berlangsungnya program  Berkhatan Beramai-ramai anjuran bersama Hospital Pakar Annur dengan Radio SINAR fm serta Harwany. Seramai 20 peserta yang Berjaya telah  dipilih menerusi peraduan khatan di radio Sinar. Upacara khatan disempurnakan oleh Pakar Pembedahan Am, Hospital Pakar An-Nur, Dr Al-Amin Daud dengan menggunakan kaedah ‘clamp’. Majlis tambah meriah dengan upacara penyampaian hadiah kepada 20 pemenang peraduan khatan ini yang kemudiannya diarak dan dimandikan oleh pasukan bomba cawangan Bangi. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para perta dan anda yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.