Events

Seramai 55  anak-anak daripada golongan berpendapatan B40 sekitar Bandar Baru bangi dan Bukit Mahkota selamat dikhatankan secara beramai-ramai pada hari ini.  Proses berkhatan yang berlangsung meriah dijalankan di Hospital Pakar Annur, Bandar Baru Bangi dengan kerjasama  Hospital Pakar An-Nur, Poliklinik Mynur dan Pertubuhan IKRAM cawangan Bukit Mahkota dan Bandar Baru Bangi. Proses khatan disempurnakan oleh 5 orang doktor pakar dari Hospital Pakar An-Nur. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Haji Mazwan Johar, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Sungai Ramal.
Acara ‘Sunathon Amal merupakan acara tahunan dan tahun ini merupakan tahun ketiga ianya dianjurkan.