Events
Kelas Antenatal edisi November 2019 berlangsung seperti yang dirancang dengan penyertaan seramai 13 pasangan dari kawasan bandar Baru Bangi dan Lembah Klang. Kelas ini merupakan pengisisan secara teori dan praktikal sebagai persediaan kepada pasangan yang bakal menjadi ibu bapa. Antara topik yang disentuh secara teori termasuklah ‘persediaan kelahiran, penyusuan, penjagaan selepas bersalin dan banyak lagi. Peserta turut didedahkan secara praktikal tentang kaedah pernafasan yang betul dan teknik senaman semasa hamil.