Events

Tanggal 4 November 2019 Hospital Pakar An-Nur telah mengadakan program ‘Haflah Kerjaya Annur’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama. Seramai 200 murid hadir bagi mendengar perkongsian berkenaan kerjaya yang disampaikan oleh kakitangan Hospital Pakar An-Nur. Antara yang terlibat memberi perkongsian ini termasuklah Pegawai Pemakanan HPAN, Puan Zulaika Habib Rahman, Jabatan Sumber Manusia, Puan Azimah Harun, Pegawai Pematuhan Shariah, Ustaz Hazwan Baderun juga oleh Bahagian Pendidikan Kejururawatan, Sister Mardinah Sidek. Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan pencerahan kepada para pelajar dalam memilih laluan kerja pada masa hadapan. Inshaa Allah.