Dr. Atiqah Farah Zakaria
Pakar ENT & Pakar Tidur (Sleep Specialist)
ENT & Sleep Specialist
Dr. Khizuan Abdul Kadir
Pakar Perunding Telinga, Hidung & Tekak (ENT)
Consultant Otorhinolaryngologist (ENT)
Hampir semua orang pernah berdengkur sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia mungkin berlaku apabila anda terlalu penat, selesema, atau tidur dalam posisi melentang. Bunyi dengkuran ini sering kali menjadi bahan gurauan atau punca pergaduhan kecil di antara suami isteri.
Tetapi persoalannya, bilakah bunyi dengkuran ini menjadi petanda bahawa kesihatan anda sebenarnya sedang terancam? Mari kita kenali 4 punca utama mengapa anda berdengkur.
1. Posisi Tidur Melentang
Ini adalah punca mekanikal yang paling mudah. Apabila anda tidur melentang, tarikan graviti menyebabkan pangkal lidah dan lelangit lembut (soft palate) jatuh ke belakang, menyekat sedikit laluan udara tekak. Mengubah posisi tidur mengiring boleh mengurangkan atau menghilangkan dengkur bagi sesetengah orang.
2. Hidung Tersumbat (Resdung / Polip)
Jika anda mempunyai masalah resdung kronik, alahan, atau ketumbuhan Polyp di dalam hidung, anda terpaksa bernafas melalui mulut semasa tidur. Aliran udara yang masuk melalui mulut akan menghasilkan getaran yang lebih kuat pada tisu tekak berbanding udara yang masuk melalui hidung.
3. Berat Badan Berlebihan (Obesiti)
Ini adalah antara punca utama di Malaysia. Tisu lemak tambahan yang terkumpul di sekitar leher akan memberi tekanan dan menyempitkan ruang saluran pernafasan. Menurunkan berat badan adalah salah satu cara paling berkesan untuk menghentikan dengkur.
4. Obstructive Sleep Apnea (OSA) / Tisu Bengkak
Ini adalah punca yang paling bahaya. Jika dengkuran anda sangat kuat dan diselangi dengan bunyi tersedak, mendengus, atau nafas terhenti seketika, ini bermakna laluan pernafasan anda tertutup sepenuhnya. Kelenjar Tonsil yang bengkak dengan kronik juga menyumbang secara fizikal kepada halangan ini di dalam tekak.
Almost everyone has snored at least once in their lifetime. It might happen when you are overly tired, have a cold, or sleep on your back. Snoring is often the subject of jokes or minor arguments between couples.
But the question is, when does this snoring sound become a sign that your health is actually in danger? Let's look at the 4 main causes of snoring.
1. Sleeping on Your Back
This is the simplest mechanical cause. When you sleep on your back, gravity pulls the base of your tongue and soft palate backward, partially obstructing your airway. Changing to a side-sleeping position can reduce or eliminate snoring for some people.
2. Blocked Nasal Passages (Sinus / Polyps)
If you have chronic sinus issues, allergies, or nasal polyps, you are forced to breathe through your mouth while sleeping. Airflow through the mouth creates stronger vibrations in the throat tissues compared to nasal breathing.
3. Excess Weight (Obesity)
This is one of the leading causes in Malaysia. Extra fatty tissue accumulating around the neck puts pressure on and narrows the airway. Losing weight is one of the most effective ways to stop snoring.
4. Obstructive Sleep Apnea (OSA) / Enlarged Tissues
This is the most dangerous cause. If your snoring is very loud and punctuated by choking, gasping, or pauses in breathing, it means your airway is completely closed. Chronically swollen Tonsils also physically contribute to this blockage in the throat.
Hentikan Dengkur, Tidur Lebih Nyenyak.
Stop Snoring, Sleep More Soundly.
Dapatkan nasihat profesional dari Pakar Tidur dan ENT kami untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi masalah anda.
Get professional advice from our Sleep and ENT Specialists to find the right solution for your problem.