Anda bangun tidur pada waktu pagi, mengeliat, dan menurunkan kaki dari katil. Sebaik sahaja tapak kaki menyentuh lantai, "Zappp!"—ada rasa sakit yang sangat tajam dan menyucuk di bahagian tumit, seolah-olah anda baru sahaja terpijak paku yang tajam.
Kesakitan ini akan beransur-ansur hilang selepas anda berjalan beberapa langkah, tetapi ia akan kembali menyerang jika anda duduk terlalu lama dan bangun semula. Jika senario ini kedengaran sangat familiar, anda kemungkinan besar sedang menderita Plantar Fasciitis.
You wake up in the morning, stretch, and lower your feet from the bed. As soon as your soles touch the floor, "Zap!"—there is an incredibly sharp, piercing pain in your heel, as if you just stepped on a sharp nail.
The pain gradually dulls after you take a few steps, but it returns with a vengeance if you sit for too long and stand up again. If this scenario sounds very familiar, you are most likely suffering from Plantar Fasciitis.
Fakta Sains: Apa Itu Plantar Fascia?
Scientific Fact: What is the Plantar Fascia?
Plantar Fascia adalah satu jalur tisu ligamen yang tebal di tapak kaki, menyambungkan tulang tumit ke jari-jari kaki. Ia bertindak sebagai 'penyerap hentakan' (shock absorber) untuk tubuh anda. Apabila tekanan pada tapak kaki terlalu tinggi, tisu ini akan meregang melebihi had, koyak sedikit demi sedikit, dan meradang. Keradangan inilah yang dipanggil Plantar Fasciitis.
The Plantar Fascia is a thick band of ligament tissue at the bottom of your foot, connecting your heel bone to your toes. It acts as a 'shock absorber' for your body. When the stress on your foot is too high, this tissue stretches beyond its limit, micro-tears, and becomes inflamed. This inflammation is called Plantar Fasciitis.
Siapa Yang Paling Berisiko?
Who is Most at Risk?
Masalah ini sangat sinonim dengan mereka yang perlu berdiri untuk jangka masa yang lama. Anda sangat berisiko tinggi jika anda tergolong dalam kategori ini:
This condition is highly synonymous with those who need to stand for long periods. You are at high risk if you fall into these categories:
- Pekerja Syif Lama: Jururawat, guru, pekerja kilang, dan jurujual yang berdiri atau berjalan di atas permukaan keras setiap hari.
- Long Shift Workers: Nurses, teachers, factory workers, and retail staff who stand or walk on hard surfaces daily.
- Masalah Berat Badan: Berat badan berlebihan (obesiti) atau kenaikan berat secara mendadak (seperti ibu mengandung) meletakkan tekanan luar biasa pada tapak kaki.
- Weight Issues: Excess body weight (obesity) or sudden weight gain (such as during pregnancy) places extraordinary stress on the feet.
- Struktur Kaki Unik: Mereka yang mempunyai tapak kaki leper (flat feet) atau lengkungan tapak kaki terlalu tinggi (high arch).
- Unique Foot Structure: Those with flat feet or an unusually high foot arch.
- Pilihan Kasut Yang Salah: Kerap memakai kasut tapak nipis tanpa sokongan lengkungan (arch support), seperti selipar jepun, kasut balet nipis, atau kasut tumit tinggi.
- Poor Shoe Choices: Frequently wearing thin-soled shoes without arch support, such as flip-flops, thin ballet flats, or high heels.
Jangan Biarkan Ia Menjadi Tulang Tumbuh (Heel Spur)
Don't Let It Develop Into a Heel Spur
Jika dibiarkan tanpa rawatan, tubuh anda akan cuba 'membaiki' keradangan tersebut dengan membina lapisan kalsium baharu, yang akhirnya membentuk tulang tajam di bawah tumit (dipanggil Heel Spur).
If left untreated, your body will try to 'repair' the inflammation by building a new layer of calcium, which eventually forms a sharp bone under the heel (called a Heel Spur).
Pakar Ortopedik (Sub-kepakaran Kaki & Pergelangan Kaki) boleh merawat isu ini bermula dari langkah konservatif seperti suntikan ubat, latihan regangan khusus, pembuatan tapak kasut silikon khas (Orthotics), sehinggalah ke prosedur moden seperti Terapi Gelombang Kejutan (Shockwave Therapy) untuk memecahkan keradangan. Pembedahan hanya diperlukan dalam kes yang sangat nadir.
Orthopaedic Surgeons (Foot & Ankle subspecialists) can treat this issue starting from conservative measures like medication injections, specific stretching exercises, custom silicone insoles (Orthotics), up to modern procedures like Shockwave Therapy to break down the inflammation. Surgery is only required in very rare cases.