Panel Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G):
Obstetrics & Gynaecology Expert Panel:
Dr. Normaliza Muhamad

Dr. Normaliza Binti Muhamad

Pakar Perunding O&G
MD (UPM), MOG (UKM)

Consultant O&G Specialist
MD (UPM), MOG (UKM)

Dr. Yulianty Arifuddin

Dr. Yulianty Binti Arifuddin

Pakar Perunding O&G
MD (UNHAS), MOG (UKM)

Consultant O&G Specialist
MD (UNHAS), MOG (UKM)

Menonton drama di televisyen sering memberikan gambaran yang menakutkan tentang proses bersalin—ibu menjerit kesakitan, berpeluh sakan, dan suami panik di sebelah. Realitinya, fasa kontraksi untuk bukaan jalan (dilatation) boleh memakan masa dari 12 hingga 24 jam bagi kehamilan pertama!

Ada satu mitos kuat dalam masyarakat kita: "Wanita sejati mesti tahan sakit bersalin. Kalau ambil bius, nanti sakit tulang belakang seumur hidup."

Faktanya, membiarkan diri anda menahan kesakitan yang melampau berjam-jam lamanya akan menyebabkan anda kehabisan tenaga. Apabila tiba masa untuk meneran (push), anda mungkin sudah terlalu lemah, yang akhirnya meningkatkan risiko pembedahan C-Sect kecemasan.

Bebaskan Diri Dari Kesakitan: Anda Berhak Memilih

Di Hospital Pakar An-Nur, kami percaya bahawa proses menyambut kelahiran zuriat haruslah menjadi satu pengalaman yang indah dan mendamaikan, bukannya traumatik. Oleh itu, kami menyediakan beberapa pilihan Pengurusan Kesakitan (Pain Relief) yang selamat untuk keselesaan anda:

Watching television dramas often gives a terrifying portrayal of childbirth—mothers screaming in agony, sweating profusely, and panicked husbands by their side. In reality, the contraction phase for cervical dilation can take anywhere from 12 to 24 hours for a first pregnancy!

There is a strong myth in our society: "A real woman must endure labor pain naturally. If you take painkillers, you'll have back pain for life."

The fact is, forcing yourself to endure extreme agony for hours will leave you completely exhausted. When it's finally time to push, you might be too weak, which ultimately increases the risk of needing an emergency C-Section.

Free Yourself From Pain: You Have the Right to Choose

At An-Nur Specialist Hospital, we believe that welcoming your newborn should be a beautiful and peaceful experience, not a traumatic one. Therefore, we provide several safe Pain Relief Management options for your comfort:

3 Pilihan 'Pain Relief' Yang Disediakan Untuk Anda:

3 'Pain Relief' Options Available For You:

  • 1. Gas Entonox (Laughing Gas):
    Campuran gas oksigen dan nitrus oksida yang disedut melalui topeng muka ketika kontraksi datang. Ia sangat selamat, tidak merbahayakan bayi, dan membantu ibu merasa sedikit 'khayal' (lightheaded) dan lebih relaks menahan sakit.
  • 2. Suntikan Pethidine:
    Suntikan ubat penahan sakit (opioid) yang diberikan pada otot paha atau punggung. Ia sangat berkesan untuk menenangkan otot yang tegang dan membolehkan ibu berehat atau tidur sebentar sementara menunggu bukaan jalan (cervix) penuh.
  • 3. Bius Epidural (Paling Efektif):
    Suntikan bius yang diberikan oleh Pakar Bius (Anaesthetist) ke ruang epidural di tulang belakang. Ia menghilangkan 90% hingga 100% rasa sakit kontraksi dari paras pinggang ke bawah! Anda kekal sedar, boleh bersembang dengan suami, dan masih boleh meneran dengan bimbingan doktor apabila tiba masanya.
  • 1. Entonox Gas (Laughing Gas):
    A mixture of oxygen and nitrous oxide inhaled through a mask during contractions. It is highly safe, harmless to the baby, and helps the mother feel slightly 'lightheaded' and more relaxed to cope with the pain.
  • 2. Pethidine Injection:
    A strong painkiller (opioid) injection given into the thigh or buttock muscle. It is very effective at relaxing tense muscles, allowing the mother to rest or take a short nap while waiting for full cervical dilation.
  • 3. Epidural Analgesia (Most Effective):
    An anesthetic injection administered by an Anaesthetist into the epidural space in the lower back. It numbs 90% to 100% of the contraction pain from the waist down! You remain fully awake, can chat with your husband, and can still push effectively with the doctor's guidance when the time comes.

Selesa Di Dalam Bilik Bersalin Privasi (Single Room)

Selain bantuan ubatan, persekitaran juga memainkan peranan penting dalam mengawal kesakitan. Di Hospital Pakar An-Nur, anda tidak perlu menahan jeritan atau berasa segan. Anda akan ditempatkan di Bilik Bersalin Privasi (Single Room).

Suami anda boleh berada di sisi sepanjang masa untuk memberikan urutan belakang badan (massage), memberi sokongan moral, dan menemani anda mendengar alunan zikir yang menenangkan. Kombinasi bius penahan sakit dan sokongan suami di dalam bilik privasi ini terbukti mempercepatkan proses bukaan rahim dengan sangat efektif.

Comfort in a Private Delivery Room (Single Room)

Besides medical pain relief, the environment plays a crucial role in pain management. At An-Nur Specialist Hospital, you don't have to suppress your cries or feel embarrassed. You will be admitted to a Private Delivery Suite (Single Room).

Your husband can be by your side the entire time to give back massages, provide moral support, and accompany you while listening to calming zikr recitations. The combination of medical pain relief and a husband's support in a private room is proven to effectively speed up cervical dilation.

Pilih Bersalin Tanpa Trauma.

Choose a Trauma-Free Birth.

Berbincang dengan Pakar O&G Wanita kami untuk merangka Pelan Kelahiran (Birth Plan) anda. Semak harga Pakej Bersalin kami hari ini.

Discuss with our Female O&G Specialists to design your personal Birth Plan. Check the prices of our Maternity Packages today.